Kemeriahan Raya & Kesuraman Muktamar

Tuesday 14 October 2008

by : aQira

Memang tidak dapat dinafikan,suasana beraya ditempat orang memang jauh berbeza. Perasaan hiba mula mengunjung tiba bila mengenangkan ayah bonda sanak saudara. Sahabat-sahabt jualah pengubat duka mengindahkan suasana.

Walaupun sudah 2 minggu berada dibulan Syawal, kemeriahannya masih lagi terasa. Disana sini dipenuhi dengan undangan majlis rumah terbuka. Rumah ahli dan rumah negeri tidak terlepas mengambil bahagian dengan menghidangkan pelbagai menu dan citarasa. Hanya dengan majlis ini sahajalah kami dapat merasai seperti beraya di Negara sendiri.

Kegembiraan ini dihangatkan lagi dengan kehadiran muktamar ke 13 Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan (KPKM). Muktamar ini telah diadakan di dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru yang terletak di Syeksyen 7, Kaherah. Muktamar ini berlangsung selama 2 hari iaitu bermula hari ahad & selasa bersamaan 12 & 13 Oktober. Muktamar berjalan lancar, walau bagaimanapun kelancaran ini sedikit hambar kerana kurangnya sambutan dari ahli. Namun muktamar turut berlangsung demi memastikan warisan kepimpinan dapat diwarisi.

Keindahan ,kegembiraan beraya dan kesuraman muktamar ini tidak dapat kami gambarkan melainkan dengan melihat gambar yang sempat diambil.

para tetamu memilih makanan....
jamuan terbuka PMRAM di hayyu asyir kompleks rumah Malaysia

dapat sambutan....antara tetamu yang hadir memeriahkan hari terbuka PMRAM


berjalan di rumah bukhari dengan menu yang istimewa....lontong


antara piminan keluarga pelajar2 kelantan Mesir 2007/08

perwakilan tanta bangun membahaskan usul tergempar

sempat berposing...AJK yang turut membantu menjayakan muktamar

0 Comments: