Panduan Kekal Amalan Selepas Ramadhan

Sunday 26 October 2008

by : baba wan

• Melaksanakan ibadat (wajib) terutamanya ibadah solat dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran diri.

• Rajin mengerjakan ibadat sunat dan menjadikannya kebiasaan, sebagai contoh : solat sunatqabliah dan ba’diah, qiamullai, puasa isnin khamis dan banyak lagi ibadah-ibadah sunat lain yang dituntut,walaupun sedikit tapi berkekalan.

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “…amalan terbaik kepada Allah ialah yang berterusan,
walaupun ia sedikit.”

• Membaca, memerhati, memahami, mengkaji ayat-ayat suci al-Quran. Amalkan membacanya sekerap yang boleh.

• untuk menguatkan jiwa dalaman, perbanyakkan zikir (mengingati Allah) dan sentiasa beristigfar (memohon keampunan daripada Allah).

• Menambah pengetahuan mengenai sirah Nabi dan para sahabat

• Sentiasa mendampingi para alim ulama’ dan mengutip ilmu yang ada pada mereka serta mendengar ceramah-ceramah agama.

• Menjaga hati dengan meninggalkan setiap perkara yang boleh memesongkan hati daripada jalan kebenaran seperti pergaulan dengan orang jahat, program televisyen yang tidak sopan,lagu dan gambar tidak elok (lucah).

• Memperbanyakkan taubat, iaitu menyesal atas kesalahan lalu kepada Allah dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi

"HISABLAH DIRI KAMU SEBELUM KAMU DIHISABKAN"

0 Comments: