Segalanya Telah Bermula...

Monday 3 November 2008

By : Super gym

Sudah hampir seminggu aku berada di Mesir setelah pulang bercuti ke Malaysia. Rasanya hampir 4 bulan aku tinggalkan bumi Mesir ini, namun masih tiada perubahan dari segi infrastukturnya. Jalan-jalannya masih zahmah dan digamit dengan bunyi hon yng tidak henti-henti. Masih teringat masa mula-mula bersama musrif ketika baru sampai di Mesir suatu ketika dahulu, Katanya “kheto Mesir ni dua karo jah hok peting, so’ keno ado brek dan so’ lagi kena ado hon. Kalu tak dok dua benda ni gak tak gerok la kheto tu jawabnya” begitulah lebih kurang kata-katanya. Aku tidak tahu adakah dia ni bergurau atau menceritakan hal yang sebenar. Apa yang pasti kami saling ketawa. Namun dari segi praktikalnya aku duk perhati memang betul pun rasanya he2..



"Mesir yang semakin membangun...bangunan-bangunan yang berdiri setiap hari"


Apa yang aku terperanjat setelah empat bulan meninggalkan Mesir adalah dari segi pertambahan bangunannya. Kelihatan disana sini bangunan dibangunkan dan ditambah. Timbul dalam hati kata-kata “laju betul orang arab ni bekerja. munkin kerana hambatan kesempitan hidup dan saling berlumba-lumba mencari rezeki”. Mereka ini cukup tekun hatta waktu malam pun ada yang masih bekerja mengangkat batu-bata,simen pasir dan sebagainya. Inikah hasil dari tarbiah orang-orang dahulu yang tidak mengenal erti letih dan penat demi mencari sesuap rezeki??suatu yang amat bermakna dan pengajaran yang perlu diambil khususnya dalam proses pembelajaran kita semua.

Melihat kembali 7 keajaiban dunia yang salah satunya adalah pyramid, maka tidak hairanlah aku dengan orang arab ni. Pyramid yang cukup besar dan tinggi itu telah menunjukkan kekuatan dan keazaman mereka untuk menyiapkannya hasil kerahan firaun, inikan pula bangunan yang rendah hasil dari tekanan dan rebutan peluang pekerjaan yang merupakan salah satu kerahan tanpa paksaan. Itulah Mesir..penuh dengan kerahsiannya. orang yang mengerti sahaja dapat memahaminya.

Tamat sudah bulan syawal dan kini masuk pula bulan zulkedah. Segalanya telah bermula kata temanku.. “apa yang bermula tu”?aku bertanya kehairanan.dengan selamba dia menjawab; 1)mula kuliah, 2)mula pasang sifat sabar, 3)mula musim sejuk dan banyak lagi la"..aku hanya tersenyum. Secara mudahnya aku dapat rangkumkam semuanya adalah berkaitan dengan sikap sabar.

Apa tidaknya setelah bermula kuliah maka segala urusan yang berkaitan dengan kuliah perlu dibereskan juga. Bayar rusum, ambil tasdik kuliah, beli kitab dan bagi mereka yang balik Malaysia pula kena ambil tahlil dam. Aduss..segala urusan inilah yng perlu kepada setinggi-tinggi tahap kesabaran. Orang yang mengaji di Mesir ini mungkin sudah lali dengan proses ini. Aku tidak hairan dengan proses tobur yang begitu pangjang tu, tapi yang tertekan sangat ialah sikap orang arab itu sendiri. Cuba bayangkan kita beratur 2,3 jam dan bila sampai turn kita dibukrahnya kita walaupun masih lagi waktu bertugas. Sape yang tak hangin..sabor je la

Aku masih ingat peristiwa yang berlaku pada salah sahabat aku. Kami turun awal pagi kerana diberitahu akn berlaku proses tobur yang panjang sekiranya terlewat. So kami turun la dalam pukul 7.45 pagi. Sampai disana jam 8.30 pagi, rupa-rupanya masih ada orang yang awal dari kami. Namun masih bersyukur kerana tidak terlalu jauh sangat dengan barisan yang awal. Lebih kurang kami duduk di barisan yang kesepuluh. Tertera dipintu syu’un tersebut segala urusan bersama pelajar akan diuruskan pada jam 9.30 pagi dan kami masih ada 1jam untuk menunggu. Letih menunggu tak usah disebutkan, puas berdiri kami duduk,puas duduk kami menyandar, lenguh,kebas dan macam-macam telah mengundang.


"empat bulan pulang bercuti tidak terasa... bersama teman-teman ketika bertolak pulang ke Malaysia"



Lampu hijau telah menyala, seorang demi seorang masuk membuat urusan. aku mula menghitung masa urusan bagi perorang. Setelah dua tiga orang yang telah lepas aku dapat buat kesimpulan bahwa turn kami akan sampai pada jam 10.30 pagi. Dan ini semua akan menjadikan jumlah menunggu kami adalah selama 2 jam. Tungu punya tunggu punya tunggu sampai la turn kami. Sahabatku mula duduk diatas kerusi menghadap syu’un kami yang bernama Mu’min sambil menghulurkan pasport bagi membuat urusan. Dia memandang muka sahabatku dan tanpa rasa bersalah dia mengeluarkan ungkapan “bukrah” . terkedu seketika kami disitu. Tiba-tiba mulut sahabtku bersuara “Eh dah ya ustaz!!, ana intazir hina saatain hatta aln, mush ma’ul , ana ta’ban awi” keluh sahabatku dalam bahasa arab ammi.. dengan muka bersahaja dia menjawab “ yallah bukrah”. Tanpa bercakap banyak, sahabtku terus bangun dan kami sama-sama keluar dan pulang kerumah diiringi dengan hilai tawa. Emm.. memang dah cara begitulah kami menghilangkan tekanan he2

Memang sudah menjadi lumrah, rasanya tak payah lwn la sebb dia memang dah tak layan dah klu dh dibukrahkan tu..klu layan pun buat sakit hati je. so, balik je la kami dengan kepenatan.. Teringat pesan abang lama, “duk mesir ni kena banyk sabar, jangan tertekan sangat, nanti sakit jiwa. ada masalah dengan arab, wat tak tahu je jangan duk pikir sangat”. Itulah kerenah arab…sabor je la jang

Kisah tu baru berlaku dalam kuliah belum lagi diceritakan masa di jawwaza’…di jawwaza’ tu nanti aku cerita lain kali la ye bye…


"kegembiraan dikatakan dapat menghilangkan tekanan : ) sekadar gambar hiasan

0 Comments: