Suatu Kenangan...

Monday 22 December 2008

by: ayah ngah

Entah kenapa tetiba teringat pada sahabat yang berada di muhafazah. Ke ada yang duk sebut2 nama ni hu2..mungkin kerana hati kita diikat dengan hubungan ukhuwwah Islamiah yang begitu kukuh. Walaupun berjauhan tetap merasai ianya dekat dihati, fuh! Cam ayat jiwang plak he2..Apapun persahabatan itu sungguh indah jika diuntai dengan ikatan yang sebenar dan saling mengigati antara satu sama lain. Itulah erti sebuah persahabatan yang sebenar.

Dua minggu telah berlalu, masih lagi teringat majlis hari raya yang diadakan dirumah kalian, sungguh manis kenangan tersebut,. Rasanya masih belum terlambat untuk menceritakan kisah perjalanan kami ini agar sahabat2 dapat merasai betapa manisnya hubungan persahabatan kita ini.

Kisahnya bermula pada hari raya haji yang lepas apabila para sahabat yang sentiasa bertandang kerumah tidak dapat datang dan menyambut hari raya bersama kami yang berada di kaherah. Selidik punya selidik rupanya mereka ada buat majlis qurban, patut la tak mau datang ke kaherah. Seekor kambing telah menjadi sebagai korban ahli bait mereka. Kira majlis besar juga la ye sampai seekor kambing tu… Ala kullihalnya kami turut dijemput bertandang ke rumah mereka yang terletak di kawasan thaniah,syiberbay.

Mungkin ada hikmah disana yang Allah telah tentukan yang menyebabkan kami pula turun beraya ke rumah mereka. Kesempatan ini digunakan apabila mendengar bekas pensyarah bahas arab kami (ust mahmood satar) pulang bercuti ke kampungnya yang kebetulan berhampiran dengan rumah sahabat kami. Inilah perangcangan Allah yang tidak kita ketahui..segala perangcangan telah disusun dan kami berpakat untuk turun dari rumah pada jam 3.00 ptg iaitu setelah usai solat asar.

Perjalanan ke Tanta mengambil masa lebih kurang 2 jam . bertolak pada jam 3.30 petang dan terus ke mahattah untuk Menaiki sebuah van yang dinamakan tramco untuk ke Ramsis. Ramsis adalah sebuah pusat@tempat berkumpul bagi mereka yang ingin ke muhafazah-muhafazah (negeri-negeri) melalui Kaherah. Tidak susah mencari kenderaan untuk ke destinasi kerana kita akan mendengar laungan dan panggilan bagi memenuhi kenderaan mereka. Sesekali mendengar keriuhan tersebut membingitkan telinga, namun ianya seumpama suatu pesta yang amat meriah dan menunjukkan bandar tersebut sentiasa hidup…

Perjalanan diteruskan ke Tanta dgn tambang yang berharga Le7. Pemandangan sekitar perjalanan amat menarik sekali, amat berbeza dengan Bandar Kaherah yang sememangnya penuh dengan keadaan sesak serta bangunan yang tinggi2. Berpaksikan kelajuan 120,130 KM/J, perjalanan dirasakan cukup pantas apatah lagi ditambah dengan keadaan tidur2 ayam yang kadang-kadang terkejut dek brekan si driver.

Jam 5.30 ptg sampai jua kami dirumah mereka dan kami telah disambut dengan penuh mesra. Kelihatan masing-masing sedang sibuk menyiapkn bahan2 untuk memasak pada keesokan hari. Kira mudahnya semua melaksanakan kerja masing-masing la. Muka-muka kelihatan ceria dan ada juga yang menagis sedih dek kerana penangan si bawang hu2. Dah jumpa sahabat-sahabat tu macam2 la cerita keluar ditambah dengan lawak dari baba wan sampai tak sedar jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Ada setengahnya sudah pun syahid menyimpan tenaga bagi melaksanakan kerja keesokan hari. Tidak kurang yang menonton bola dan bermain bola…macam2 hal bila dh berkumpul gak,,,aku mengambil keputusan untuk tidur sahaja kerana mata sudah tidak dapat menaggung keberatananya hu2 (ayat nuah tu)

Keesokan pagi, setelah usai solat subuh berjemaah, program gotong royong disambung semula. Menu pada hari tersebut adalah kambing masak kurma, daging masak kari dan acar timun pok teh (mie husin) he2. Jamuan diadakan setelah solat zohor dan ramai juga undangan yang datang menjamu selera. Kami ni kira datang membantu sambil makan sikit2 je sbb ada temu janji bersama dengan bekas pensyarah. So kena kosongkan perut la sbb dah dipesan agar makan tgh hari dirumah beliau. Orang arab ni bila dh menjamu tetamu ni memang dia jamu sengoti (secara bersungguh).

Tidak susah mencari rumah beliau kerana ada diantara kami yang telah mengetahuinya. Perjalanan memakan masa 20 minit dan akhirnya kami sampai jua ke rumah beliau. Bertemu,berpelukan dan merasa begitu gembira kerana itulah kali pertama bertemu setelah hampir setahun berpisah. Sebelum menjamu selera kami menggunakan masa untuk bertanya kabar tentang Malaysia dan keadaan tempat kami pernah belajar suatu ketika dahulu. perbualan ditamatkan setelah melihat makanan telah dihidangkan. Masing-masing makan dengan berselera sekali sambil diselit ketawa kecil.

Hampir 2 jam kami berada dirumah beliau kami mengambil keputusan untuk pulang. Terasa berat untuk mengangkat punggung kerana kekenyangan. Sebelum pulang kami sempat lagi bergambar kenang-kenangan dan saling berpelukan. Kemudian terus pulang bermalam dirumah sahabat. Perjalan terasa begitu pantas dan pada keesokan paginya kami terus berangkat pulang ke kaherah dengan penuh kegembiraan. Apa yang pasti hasrat kami bertemu dengan sahabat-sahabat terlaksana jua…semoga hubungan persahabatan kita dirahmti Allah dan terus berkekalan hingga ke akhir hayat…siru ala barakatillah



0 Comments: