Imtihan, Musim Sejuk & Pengorbanan

Thursday 5 February 2009

By: ayah ngah

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan,akhirnya tamat jua imtihan fasa 1 ini. Inilah situasi imtihan di universiti al-azhar, tiada bantuan markah kertas kerja, tiada markah kehadiran kelas dan tiada markah keaktifan . Semuanya bergantung kepada keputusan peperiksaan. Oleh sebab itulah kebanyakan dari kami ada yang berasa tertekan dek kerana perlu mengkhatamkan kitab yang hampir setiap satu madah setebal 1-2 inci. Ini semua memerlukan kemahiran membaca, memahami dan mengambil isi-isi penting setiap perbincangan. Oleh sebab itu, sesiapa yang ingin betul-betul mendalami permasalahan, perbincangan dalam sesuatu kitab tersebut, maka ianya tidak dapat tidak perlu mengkhatamkan sekurang-kurangnya 2-3 kali (dari kulit ke kulit). Walau bagaimanapun ianya terserah kepada kekuasaan Allah s.w .t jua. ada yang sekali baca dh boleh jawab,ada yang 3,4 kali baca tetap tidak dapat jawab. itulah kekuasaan Allah. Namun, Allah tidak pernah

menzalimi hambanya. Setiap mereka yang berusaha akan mendapat apa yang mereka usahakan.


segala ujian perlu dihadapi dengan tenang untuk mengelak sebarang tekanan

Kebiasaannya kami yang berada dibumi Mesir ini melihat bulan Januari merupakan bulan imtihan yang cukup besar buat kami smua. Kami terpaksa menghadapi dua imtihan iaitu menghadapi ujian musim syita’ (musim sejuk) dan juga menghadapi imtihan pengajian. Kedua-dua ujian ini perlu dihadapi dengan kebijaksanaan setiap pelajar itu sendiri.Kebiasaannya untuk berdepan dengan kesejukan ini ramai yang tewas, termasuklah diri ini. Mana tidaknya, bila nk study terasa sejuk, bila sejuk kena la masuk dalam selimut tebal. Bila dah ada dalam selimut tu.. faham-faham je la, baca dua tiga kerat mula la terasa mengantuk. Last-last bukan kita yang baca buku tp buku yang baca kita. Hu2..Ujian2

Cerita bab sejuk ni, Tuhan saja yang tahu betapa teguhnya diri kami menghadapinya. Kesejukan yang hadir menusuk ke tulang sum-sum. Mandi pn tak berapa nk basah he2.. setiap kali menyentuh air perlu dikeringkan dengan teliti kerana bimbang udaranya yang bersifat tajam menusuk kekulit. Rata-rata di musim sejuk ini menggunakan khidmat saqonah (pemanas air) untuk menghilangkan rasa sejuk. Malangnya rumah kami tidak dapat disediakan saqonah kerana masalah perpaipan. Walau bagaimana pun ini tidak bermakna kami tidak mandi hu2. Mandi tetap mandi namun, segala urusan terpaksa dilakukan secara tradisonal. Setiap kali nak mandi perlu merebus air dalam periuk besar. Malas merebus air Kadang-kadang mandi begitu je. Tp untuk menghilangkan kesejukan, sebelum mandi tu kena bertempik la dulu. sape la tu ye he2..

Alhamdulillah segalanya telah berakhir, kesejukan pun mula mengendur. Namun semuanya bersifat sementara. Berakhirarnya peperiksaan kali ini bukan bermakna berakhir buat selama-lamanya. Berakhirnya musim sejuk juga bukan bermakna tidak akan datang musim sejuk kembali. Apa yang pasti itulah lumrah alam yang penuh dengan percaturan dari suatu kuasa yang amat besar dan bijaksana. Oleh sebab itu,marilah sama-sama kita mensyukuri setiap apa yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita agar kita sentiasa tergolong dalam orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Salam percutian buat semua…


0 Comments: