Virus-virus Ukhuwah

Friday, 29 May 2009

By : aljihadi

Dalam ada kita mengikat ribat ukhuwwah diantara kita,seringkali berlaku perkara-perkara yang menguji kesetian. Disebabkan kita masih dihujani dengan wabak selsema babi @ virus H1N1 maka saya namakan perosak ukhuwwah kita ini sebagai virus-virus ukhuwwah. Saya akan menyenaraikan dengan ringkas virus-virus yang menyebabkan ukhuwwah dikalangan kita menjadi renggang. Antara virus yang yang dapat dikesan dan sering menyerang kita adalah seperti berikut :


  • Berbicara dengan nada suara yang tinggi atau menggunakan kata-kata yang kasar
  • Tidak mendengar saranan dan nasihat
  • Bergurau secara berlebihan
  • Sering berdebat dan membantah
  • Memberi kritikan keras yang melukai perasaan
  • Mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat
  • Melupakannya ketika sibuk
  • Enggan mengungkapkan perasaan cinta
  • Tidak Memperhatikan masalah serta keperluan-keperluannya
  • Memberi teguran di depan orang lain
  • Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran

Ini diantara virus-virus yang dapat dikesan yang telah menghasilkan kerosakan dalam persahabatan. Setelah kita mengenalinya mudah-mudahan kita dapat merungkainya dan menjauhinya dan sekiranya jika ianya perlu diformat maka wajiblah diformat. Sekiranya hanya perlu di scan sahaja maka teruskan scan virus tersebut dan kuarantinkan ia agar tidak lagi menyerang ukhuwwah dikalangan kita..

Salam persahabatan,Salam ukhuwwah dan salam sayang dari kami

H1N1 Suatu Peringatan...

Thursday, 28 May 2009

By : ayah ngah

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan suatu virus yang digeruni oleh semua masyrakat dunia. Belum pun hilang penyakit selsema burung kini tiba wabak yang amat menggerunkan dunia. Wabak yang yang diberi nama Influenza A (H1N1) atau nama kormeselnya Selsema Babi itu mula dikesan di Mexico sejak Mac lalu. Wabak ini dilihat sebagai suatu pembunuh yang amat digeruni dan ditakuti oleh semua masyarakat dunia kerana hampir 100 nyawa telah melayang dan kira-kira 10,000 orang di seluruh dunia telah dijangkiti.

Melihat kepada penularan wabak tersebut,semua pihak telah tampil bagi sama-sama mencari jalan penyelesaian menghapuskan wabak yang digeruni ramai itu.walau bagaimanapun, usaha yang telah dilakukan setakat ini belum mencapai kejayaan berikutan meningkatnya kes sehari demi sehari.

Dimana kehebatan Negara Amerika Syarikat yang dulu tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya? Dimana pula senjata-senjata yang canggih yang dapat mengesan pengganas sedangkan Negara mereka turut menjadi mangsa. Tidakkah kamu sedari bahawa itu merupakan tentera Allah yang diutuskan tanpa mengunakan senjata? Tidakkah kalian mengetahui bahawa virus yang cukup kecil dan tidak dapat dikesan oleh pancaindera itu lebih canggih jika dibandingkan dengan senjata Amerika dan sekutunya? Buktinya, sehingga kehari ini mereka masih lagi mencari vaksin pencegahan penyakit tersebut.

Sedarlah wahai ummat manusia bahawa segala penyakit itu adalah teguran dari pada Allah agar manusia sedar akan kesilapan yang mereka lakukan. Justeru,apakah kesilapan yang dapat kita lihat ekoran dari penyakit tersebut? Disebabkan penularan wabak tersebut berjuta-juta babi telah dibunuh dan ekoran daripada itu juga orang yang gemar memakan daging babi turut tersentak dan yang peliknya tiba-tiba mengharamkan seketika untuk diri mereka. Bilakah daging babi ini diharamkan?adakah disebabkan penularan wabak tersebut sahaja baru ia diharamkan dan apabila hilang segala penyakit tersebut ianya menjadi halal semula?Adakah mereka masih tidak mahu menggunakan akal atau sememangnya mereka tidak berakal!!

Sedarilah wahai ummat manusia sekalian bahawa Allah s.w.t sendiri telah mengharamkan binatang tersebut melalui beberapa ayat yang terdapat di dalam al-Quran yang antara lainnya mengharamkan manusia memakan bangkai, darah, dan daging babi. Fakta ini telah dirakamkan dalam ayat-ayat berikut :

a. Surah Al Baqarah (2) : 173
Maksudnya : Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi,dan daging hiawan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…..

b. Surah Al Maa'idah (5) : 3
Maksudnya : Diharamkan bagimu memakan bangkai,darah, daging babi an daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah….

c. Surah Al An `Aam (6) : 145
Maksudnya : Katakanlah “tidak ku dapati didalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati(bangkai),darah yang mengalir,daging babi.sesungguhnya semua itu kotor-atau haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah…

d. Surah An Nahl (16) : 115
Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…

Masihkah kalian mengigati penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang melanda masyrakat Malaysia? pada ketika itu semua mata telah terbuka dan babi telah diharamkan sementara. Ekoran dari kejadian tersebut permintaan pasaran babi hampir pupus dan banyak ladang-ladang babi yang telah ditutup. Tidakkah ini suatu bencana yang mengancam manusia hasil dari babi? Namun, kejadian ini hanya memberi sedikit pengajaran kepada manusia dan setelah wabak tersebut pulih,manusia kembali memakannya. Inilah hakikat seorang manusia,hanya insaf bila dikenakan dan ditunjukkan sesuatu bencana. Apabila jauh dari bencana mereka akan kembali melupakan teguran Allah s.w.t. Tidakkah mereka ini sama dengan orang-orang kafir pada zaman jahiliah dahulu? Mereka (orang-orang munafik dan golongan kafir) sentiasa meminta bukti berkaitan keesaan Allah s.w.t dan apabila diberikan bukti mereka beriman hanya seketika bahkan ada yang langsung tidak beriman. mereka juga dikenakan bala dan apabila dihilangkan bala tersebut mereka kembali kufur.

Mungkin kalian sudah lupa dengan kejadian tersebut kerana ia sudah lama meninggalkan kita. Namun, masihkah kalian ingat bencana tsunami yang melanda kita pada 26 Disember 2004 yang lalu?bagaimana pula dengan penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang saya sebutkan tadi? Belum cukup dengan itu selsema burung pula melanda. emm..bagaimana pula dengan bencana tanah runtuh dan gempa bumi? tidakkah ianya telah memberi pengajaran kepada kita? Mungkin ada yang mengatakan itu semua sunnatullah dan lumrah alam. Namun, saya tetap mengatakan ianya merupakan teguran dari Allah s.w.t

Saya masih ingat lagi mangsa yang terselamat dari bencana tsunami mengatakan bahawa peristiwa tersebut seolah-olah bagaikan peristiwa qiamat yang melanda. Maka pada ketika itu ramai yang telah insaf dan bertaubat kepada Allah. Namun,setelah dua minggu berlalu pelbagai maksiat diteruskan dan dosa-dosa lama dikakukan kembali. Maka, adakah ini merupakan ejekan kepada Allah s.w.t? kalu benar lah begitu maka,inilah suatu perbuatan yang amat jelek sekali. Cuba anda bayangkan sekiranya ibu bapa di ejek dan dipersendakan oleh anak-anak mereka dalam sesuatu hal setelah si ibu @ bapa memberi teguran. Maka, tidakkah ibu bapa tersebut akan marah terhadap kelakuan tersebut? Oleh yang demikian, bagaimana pula persendaan itu di persembahkan kepada Allah yang menciptakan kalian? apakah kiranya kalian terfikir Allah tidak marah?

Justeru,mengapa manusia pada hari ini masih tidak mahu mengambil pengajaran?adakah mereka tidak mempunyai akal fikiran? Tidakkah mereka mahu mengambil pengajaran dari ummat-ummat terdahulu atau mereka mahu bala atau bencana tersebut terkena pada diri mereka dan ahli keluarga mereka barulah mereka mahu menyedarinya? Jaganlah kita menjadi seperti firaun dan pengikutnya yang mengaku beriman semasa ditenggelami air laut. Janganlah pula kita menjadi seperti anak dan isteri nabi Nuh yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pun masih lagi tidak mahu beriman. Tidakkah kisah tersebut memberi pengajaran kepada kita?kisah-kisah yang telah diceritakan oleh Allah melalui kitabNya bukanlah bertujuan untuk dibaca dan dibuat perhiasan semata-mata bahkan ianya menjadi petunjuk dan pengajaran kepada kita yang mempunyai akal untuk memikirkan dan membuat pertimbangan berdasarkan peristiwa yang telahpun berlaku.

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Qasas (28): 43

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah kami berikan kepada musa kitab (taurat) setelah kami binasakan ummat-ummat terdahulu untuk menjadi pelita bagi manusia dan petunjuk serta rahmat agar mereka mendapat pelajaran.

Sedarlah wahai saudaraku sekalian,kejadian yang menimpa kita pada hri ini adalah suatu teguran dari Allah s.w.t yang mana bukan ditujukan hanya kepada orang kafir sahaja bahkan kepada kita yang mengaku beriman kepadaNya. Dengan berlakunya kejadian tersebut maka, dapatlah kita ketahui rupanya Allah s.w.t masih sayang pada kita semua dan mahukan kita kembali ke jalanNya, dan bagi golngan kafir itulah teguran Allah untuk menjauhi haiwan haram tersebut.

Perlu diingatkan sekali lagi…Seandainya wabak @ virus ini dihilangkah oleh Allah s.w.t dan kita aman dari segala penyakit yang berbahaya ini, maka bersyukurlah dan jangan sekali-kali kita mengundang semula kemarahan Allah terhadap kita. Ingat!!apabila kita mencabar Allah maka Allah tidak segan silu untuk menurunkan bala bencana dan apa yang dibimbangi ianya mengenai semua ummat tanpa dipilih kasih.

Doa Penyesalan...

Monday, 25 May 2009

by babawan

sahabat/biah yang dihormati...

kita sering leka dan lalai dengan kehidupan,seringkali kita mengulangi kesilapan yang telah kita lakukan.mengapa kita berjalan di jalan yang sudah diketahui mempunyai jerangkap samar??kita seringkali mengungkapkan menyesal atas perbuatan ynag telah dilakukan, namun?adakah penyesalan kita adalah penyesalan yang sebenar-benarnya atau sekadar taubat "sambal lada " mulut sentiasa berkata pedas dan tidak mahu makan lagi tapi bila bertemu dengannya tetap dicubit sedikit walaupun sudah diketahui sambal tersebut pedas.

saya menyeru diri ini dan para pelawat sekalian bahawa marilah kita kembali atas jalan yang lurus dan benar demi membawa risalah yang Agung. oleh itu, saya mengajak kalian untuk sama-sama berdoa dan memohon ampun dari Allah yang maha Agung demi mencapai keredaanNya.

sahabat yang disayangi sekalian...
Imam Ghazali menyatakan bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):

"Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

doa yang begitu ringkas tapi mempunyai seribu erti bagi mereka yang benar-benar mempunyai keinsafan.sedarilah...pintu taubah masih terbuka selagi nyawa dikandung badan.

Pencemaran bunyi jejas jantung!!!!

Thursday, 21 May 2009

By : ayah ngah

Hari ini saya mendapat suatu ilmu yang baru. Suatu benda yang cukup sinonim dengan tempat saya menuntut ilmu iaitu berkaitan dengan pencemaran bunyi. Rupa-rupanya pencemaran bunyi dapat member kesan kepada jantung. Dalam pemikiran, bila berlaku pencemaran bunyi ini akan menyebabkan kerosakan gegendang telinga sahaja. Rupa-rupanya ianya turut memberi kesan pada organ yang lain. Fakta KAJIAN mendapati bunyi siren, hon kereta dan aliran trafik dalam tempoh yang lama di luar rumah boleh menyebabkan seseorang menghadapi risiko tinggi diserang SAKIT JANTUNG. Kajian ini sedikit sebanyak menyebabkan saya terfikir sendiri bagaimana pula keadaan pelajar-pelajar yang menuntut di university al-azhar?

Oleh itu. hasil kajian seorang penyelidik Sweden itu pastinya memberi kesan kepada pelajar-pelajar university al-Azhar, Kaherah yang sentiasa terdedah kepada fenomena itu setiap hari. University yang terletak berdekatan kawasan masjid al-Azhar adalah merupakan salah satu kawasan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan yang tidak putus-putus. Kawasan yang merupakan salah satu destinasi yang dilawati bagi tujuan membeli belah itu sentiasa dipenuhi dengan kenderaan dalam dan luar. Jalan yang tidak sunyi dengan kenderaan pelbagai guna itu telah melahirkan pelbagai bunyi dari kenderaan masing-masing apabila berlaku kesesakan jalan raya. Bentuk pencemaran bunyi itulah kadang-kadang memberi kebingitan kepada telinga sekali gus menusuk kepada jantung.

Teringat kembali mula-mula menjejakkan kaki saya di Mesir, perjalanan untuk ke rumah Kelantan terasa jauh disebabkan keadaan jalan yang begitu sesak. Apa yang saya tidak dapat terima ialah keadaan bunyi bising dari hon-hon kenderaan yang berderet. Hampir semua kenderaan yang tersusun itu melepaskan bunyi masing-masing apabila kenderaan mereka terhenti seketika. “Tak reti sakit telinga ke orang-orang ni”.Mungkin orang yang sudah biasa menghadapi situasi seperti ini sudah biasa bagi mereka, tapi orang kampong macam saya ni jarang benor menghadapi keadaan kesesakan jalan. Kalau berlakupun berkemungkinan disebabkan kemalangan, pembaikpulihan jalan dansebagainya. Paling koman pun sekatan jalan oleh polis trafik hu3.

Sememangnya Mesir ini bukan sahaja berkepadatan dengan pendudunya malah kenderaannya. Bermula dari seburuk-buruk kereta hinggalah yang lawar-lawar semuanya menyusuri jalan tanpa menghiraukan keadaan. Teringat kata-kata abang mushrif yang membawa kami jalan-jalan ketika mula-mula sampai. Katanya “kenderaan di Mesir ni hok penting skalai ialah HON dan BREK, xdok dua ni gak tak gerok la” katanya dalam nada bergurau. Kami hanya memahaminya dengan sama-sama ketawa. Namun,pada hari ini barulah saya memahami apa erti kehidupan yang sebenar….

Mesir bukan sahaja padat dengan penduduknya malah kenderaannya

Sekiranya anda terdengar bunyi hon yang bertalu-talu tanpa henti itu tandanya orang sedang berarak membawa pengantin. Gelagat mereka ini seolah-olah ingin menyebarkan kepada umum bahawa mereka ini telahpun melangsungkan perkahwinan. Rata-rata para pengantin di Mesir ini meraikan perkahwinan mereka dengan alunan hon dijalanan dan perkara seperti ini seolah-olah diberi lessen besar walaupun hakikatnya membingitkan telinga. Sedar ataupun tidak, tidakan ini merupakan salah satu pencemaran bunyi yang seolah-olah diberi kebenaran ekoran meraikan si pengantin. Mereka tidak sedar sebenarnya mereka yang menghadapi kebisingan jalan raya pada tahap 50 desibel secara kerap mempunyai risiko mendapat serangan jantung sebanyak 40 peratus.

Apa yang pasti, saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar menjauhkan segala penyakit yang dinyatakan mengikut kajian tersebut. Mudah-mudahan ianya hanya sebagai keputusan kajian dan bukannya suatu ketetapan. Semoga Allah melindungi kami semua…


Ciri-ciri Asas Islam

Monday, 18 May 2009

By : abg chik

kita seringkali didedahkan dengan rukun Islam dan rukun iman.namun, kita seringkali lupa berkaitan dengan ciri-ciri asas yang ada dalam agama Islam tersebut. cuba anda tanya pada diri anda masing-masing adakah anda sudah mengetahui tentang ciri-ciri asas yang terdapat pada agama Islam yang anda anuti??saya tidak mahu menghukum tapi ukurlah pada diri anda masing-masing.

justeru apabila kita memahami segala asas-asas yang terdapat dalam agama Islam, maka tidak mudahlah hati kita digongcang dengan perkara-perkara yang merosakkan iman dan seumpamanya. Umumnya dalam agama Islam mempunyai 6 ciri yang asas.
ciri-cirinya adalah seperti berikut :

1.Rabbaniyyah/godliness

Ianya membawa erti bahawa Islam ini datang dari Allah. Manusia adalah hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan.

2.Alamiyyah/ Universal
  • Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.
Meletakkan setiap tujuan pekerjaan kerana Allah. dengan kata lain matlamat terakhir kehidupan adalah mendapat keredhaan Allah

  • Rabbani dari sudut manhaj dan sumber
bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad S.a.w.

3.Syumuliah/Complete
Risalah Islam ditujukan untuk semua umat dan bangsa serta untuk semua lapisan masyarakat. Ia bukan risalah untuk bangsa tertentu.

4.Thabat and Murunah/Constant and Flexible
Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya.

Sebagai contohnya: Solat adalah wajib.walau bagaimanapun perlaksanaannya boleh dibuat secara jama’(himpun) dan qasar(pendek) bagi mereka yang bermusafir yang melebihi dari dua marhalah (lebih kurang 90KM). Begitu juga ketika sedang sakit, maka dia boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk atau baring atau menggunakan anggota badan sebagai isyarat dan paling koman menggunakan hati. namun ianya adalah mengikut tertib kemampuan seseorang pesakit.

Agama Islam sememangnya untuk semua bangsa dan sesui untuk semua tempat...


5.Waqi’iyyah/Realistic
Islam adalah mengikut realiti.

Contohnya: Manusia dari segi fitrahnya ingin hidup berpasangan, maka Islam mensyariatkan perkahwinan

6.Inqilabiyyah/To Replace
Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada sistem jahiliyyah.

mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi sedikit maklumat pada sahabat-sahabat sekalian...

salam imtihan buat smua warga al-Azhar dan sahabat-sahabat Acheh

Alhamdulillah….

by : ayah ngah

Pertama saya dan teman-teman memohon maaf kerna sudah lama tidak membuat posting dalam blog kami ini. Setelah meneliti beberapa masalah dan akhirnya…. Alhamdulillah dapat juga membuat posting


Kerenah Arab

Masalah pertama yang kami hadapi adalah masalah perkongsian internet dengan orang arab. Sahabat-sahabat yang berada di mesir agaknya sudah ramai yang mengetahui. Oleh sebab itu ramai yang mengunakan talian sendiri.ala kullihal ini sahaja cara yang kami ada untuk menghidupkan line dirumah kami ekoran ada ahli rumah kami yang berniaga melalui internet disamping kemudahan pada yang lain.

bukan semua orang arab yang berperangai jahat


Sahabat-sahabat sekalian..


Cuba bayangkan 1 line dikongsi dengan hampir 30 orang,mana tak jem..setakat nak buka chat tu boleh la. Kalau nak buka web-web tu alamatnya kena tunggu 2,3 hari la (ni istilah yg saya guna menunjukkan lama masa menunggu) he2 ..paling sakit hati plak bila line kita kena cut. Adulahhh..memang xde perikemanusian betul arab ni.program apa la dia guna sampai kami guna netcut pun tak berkesan ye. Ada kawan saya bagitau dia guna gunting besor hu3 betul atau tidak saya tidak dapat memastikannya..sabor je la nk buat cam ne tegurpn dia xtahu sape yang cut. Nak marah banyak-banyak pun takut dia tak faham plak he2.

Tugas Suatu Tanggungjawab

Sememangnya tugas menulis ini bukanlah suatu perkara yang senang. Kalau sudah dibebani dengan tugas lain terasa malas untuk menulis. Namun semua itu alasan yang direka sahaja. Masih saya ingat pesanan naqib saya katanya : “dalam kita melaksanakan tugas ini lebih-lebih lagi tugas dalam perjuangan Islam, jangan sekali-kali kita cuba membuat alasan.kita boleh mereka seribu macam alas an untuk melepaskan diri,namun tidak dapat jua mengembalikan balik tugasan yang telah ditinggalkan”. Secara mudahnya mengakulah kesilapan diri dengan kata mudah ungkaplah ungkapan “maaf itu silap saya”. Suatu perkara yang nampak ringkas tapi payah untuk dilaksanakan. Paling tidak mesti kita nak melepaskan diri juga..betul tak kawan-kawan??

Walau bagaimana pun tugas mesti diteruskan. Alhamdulillah kami ahli bait kebanyakannya terlibat dengan persatuan. Kami disini berada di bawah persatuan keluarga pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) yang dinaungi oleh persatuan Persekutuan Melayu Republic Arab Mesir atau nama manjanya (PMRAM). Persatuan yang telah banyak berjasa semenjak tahun 1930 lagi.Pada kami hidup berjemaah amat penting dan memang penting. Persatuan pula sebagai pemudah cara selaku sebagai seorang penuntut ilmu. Jadi siapa lagi yang nak membantu kalau bukan kita sendiri. Bayangkan kita ada motor@kereta tetapi kita berjalan kaki. Tidakkah ianya dinamakan mengkufuri nikmat? Oleh itu, syukurlah kerana kita telah diberi suatu nikmat kemudahan belajar ditempat orang atas bantuan persatuan.

akhirnya saya ingin mengucapkan selamat berimtihan buat sahabat-sahabat. semoga kita semua najah dalam imtihan dunia n akhirat..salam tautan mahabbah

p/s : klu sabahabat-sahabat ada program yang boleh menahan orang dari meng-cut kita sila tinggalkan pesanan ye..kesian kt kami hu3