Pencemaran bunyi jejas jantung!!!!

Thursday, 21 May 2009

By : ayah ngah

Hari ini saya mendapat suatu ilmu yang baru. Suatu benda yang cukup sinonim dengan tempat saya menuntut ilmu iaitu berkaitan dengan pencemaran bunyi. Rupa-rupanya pencemaran bunyi dapat member kesan kepada jantung. Dalam pemikiran, bila berlaku pencemaran bunyi ini akan menyebabkan kerosakan gegendang telinga sahaja. Rupa-rupanya ianya turut memberi kesan pada organ yang lain. Fakta KAJIAN mendapati bunyi siren, hon kereta dan aliran trafik dalam tempoh yang lama di luar rumah boleh menyebabkan seseorang menghadapi risiko tinggi diserang SAKIT JANTUNG. Kajian ini sedikit sebanyak menyebabkan saya terfikir sendiri bagaimana pula keadaan pelajar-pelajar yang menuntut di university al-azhar?

Oleh itu. hasil kajian seorang penyelidik Sweden itu pastinya memberi kesan kepada pelajar-pelajar university al-Azhar, Kaherah yang sentiasa terdedah kepada fenomena itu setiap hari. University yang terletak berdekatan kawasan masjid al-Azhar adalah merupakan salah satu kawasan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan yang tidak putus-putus. Kawasan yang merupakan salah satu destinasi yang dilawati bagi tujuan membeli belah itu sentiasa dipenuhi dengan kenderaan dalam dan luar. Jalan yang tidak sunyi dengan kenderaan pelbagai guna itu telah melahirkan pelbagai bunyi dari kenderaan masing-masing apabila berlaku kesesakan jalan raya. Bentuk pencemaran bunyi itulah kadang-kadang memberi kebingitan kepada telinga sekali gus menusuk kepada jantung.

Teringat kembali mula-mula menjejakkan kaki saya di Mesir, perjalanan untuk ke rumah Kelantan terasa jauh disebabkan keadaan jalan yang begitu sesak. Apa yang saya tidak dapat terima ialah keadaan bunyi bising dari hon-hon kenderaan yang berderet. Hampir semua kenderaan yang tersusun itu melepaskan bunyi masing-masing apabila kenderaan mereka terhenti seketika. “Tak reti sakit telinga ke orang-orang ni”.Mungkin orang yang sudah biasa menghadapi situasi seperti ini sudah biasa bagi mereka, tapi orang kampong macam saya ni jarang benor menghadapi keadaan kesesakan jalan. Kalau berlakupun berkemungkinan disebabkan kemalangan, pembaikpulihan jalan dansebagainya. Paling koman pun sekatan jalan oleh polis trafik hu3.

Sememangnya Mesir ini bukan sahaja berkepadatan dengan pendudunya malah kenderaannya. Bermula dari seburuk-buruk kereta hinggalah yang lawar-lawar semuanya menyusuri jalan tanpa menghiraukan keadaan. Teringat kata-kata abang mushrif yang membawa kami jalan-jalan ketika mula-mula sampai. Katanya “kenderaan di Mesir ni hok penting skalai ialah HON dan BREK, xdok dua ni gak tak gerok la” katanya dalam nada bergurau. Kami hanya memahaminya dengan sama-sama ketawa. Namun,pada hari ini barulah saya memahami apa erti kehidupan yang sebenar….

Mesir bukan sahaja padat dengan penduduknya malah kenderaannya

Sekiranya anda terdengar bunyi hon yang bertalu-talu tanpa henti itu tandanya orang sedang berarak membawa pengantin. Gelagat mereka ini seolah-olah ingin menyebarkan kepada umum bahawa mereka ini telahpun melangsungkan perkahwinan. Rata-rata para pengantin di Mesir ini meraikan perkahwinan mereka dengan alunan hon dijalanan dan perkara seperti ini seolah-olah diberi lessen besar walaupun hakikatnya membingitkan telinga. Sedar ataupun tidak, tidakan ini merupakan salah satu pencemaran bunyi yang seolah-olah diberi kebenaran ekoran meraikan si pengantin. Mereka tidak sedar sebenarnya mereka yang menghadapi kebisingan jalan raya pada tahap 50 desibel secara kerap mempunyai risiko mendapat serangan jantung sebanyak 40 peratus.

Apa yang pasti, saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar menjauhkan segala penyakit yang dinyatakan mengikut kajian tersebut. Mudah-mudahan ianya hanya sebagai keputusan kajian dan bukannya suatu ketetapan. Semoga Allah melindungi kami semua…


0 Comments: