Begitulah permulaan Lirik nasyid tradisi yang sentiasa bermain dilidahku bagi memberisemangat dan kekuatan. Entah kenapa aku begitu tertarik terhadap lirik tersebut khususnya aku yang bergelar thullabu ilm ini. Secara peribadinya aku dapat jelaskan bahawa perjalan kita masih jauh adalah diri aku sendiri. aKu merasakan setelah menuntut dan mencari ilmu di bumi Mesir setahun lepas bagaikan gambaran luaran sahaja. Semakin dicari semakin banyak yang perlu diketahui dan semakin jahil diri ini rasanya. Masakan tidak, segala ilmu yang dipelajaridi bumi KIAS dahulu hanyalah asasnya sahaja. Di Mesir inilah perlu dikaji dan diteliti secara mendalam. Oleh yang demikian, aku meyakini bahawa perjalanan kita masih jauh lagi
Hakikat dalam kehidupan penuh dengan ujian. Mana mungkin Allah membiarkan manusia itu hidup tanpa diuji keimanannya. Oleh sebab mencari ilmu juga merupakan sebahagian dari kehidupan, maka ia turut diuji dengan pelbagai liku, onak dan bahaya. Begitu jua diri ini, diuji dalam keputusan imtihan yang lepas yang menyebabkan aku masih kekal di tahun 3. Sesekali pernah rasa tertekan dan hiba, namun Tuhan lebih mengetahui ujian tersebut adalah yang terbaik untuk diriku ini. Semua ini memerlukan semangat yang kental bagi menghadapinya dan inilah harapan ummah demi melihat kegemilangan Islam suatu masa nanti.
Qiamullai atau dalam bahasa melayunya disebut bangun malam bukanlah satu perkara yang asing dan baru kepada kita semua, bahkan ianya satu ibadat sunat yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu daripada kita.
Untuk melahirkan azhari dan azhariah yang mantap dalam segala aspek, tidak kira dari aspek rohani mahupun jasmani perlu ada satu pengisian atau amalan yang boleh merapatkan hubungan azhari dan azhariah dengan Allah s.w.t. Amalan dan pengisian tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah qiamullai. Sebagaimana yang kita semua ketahui amalan qiamullai merupakan santapan rohani kepada pejuang-pejuang islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah sekarang.
Qiamullai atau bangun malam adalah satu amalan sunat yang amat dituntut di dalam Islam. Bahkan amalan ini menjadi satu kewajipan kepada baginda Rasulullah s.a.w. dan mustahab kepada umatnya. Allah s.w.t. telah menggezetakan di dalam surah al-Israkyang membawa maksud :
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.
Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa qiamullai telah dilaksanakan oleh umat-umat terdahulu. Cuba kita ungkap kembali di dalam sejarah peperangan di zaman Rasulullah s.a.w., baginda tidak mengizinkan mana-mana tentera muslimin keluar ke medan jihad jika didapati tidak melakukan qiamullai. Contoh yang kita dapat lihat disini ialah sewaktu berlakunya perang salib, panglima tentera Salahuddin al-Ayubi senantiasa membuat pengawasan bagi memastikan semua tentera-tentera Islam bangun untuk berqiamullai.
Di dalam surah muzammil Allah s.w.t. telah menjelaskan kepada kita semua dengan sejelas-jelasnya tentang qiamullai. Allah s.wt. telah merakamkan di dalam al-Quran yang membawa maksud :
Wahai orang Yang berselimut!.Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil". (Sayugialah Engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing Dengan Ibadat Yang berat kepada hawa nafsu, kerana) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya).Sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.(Kami galakkan Engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana Sesungguhnya Engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan Yang panjang kira bicaranya;Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dalil di atas ini jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa qiamullai merupakan satu amalan sunat yang amat-amat dituntut dalam agama. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk menatijahkan menguatkan jiwa kita selaku pejuang-pejuang Islam. Diantara istifadah yang sama-sama kita boleh ambil daripada ayat diatas ialah “sesungguhnya qiamullai atau bangun malam itu kuat (mengisi jiwa) dan (bacaandiwaktu itu) lebih berkesan”.
Kita selaku azhari dan azhariah yang mendokong risalah Allah s.w.t. seharusnya menjadikan qiamullai sebagai satu pengisian atau amalan teras di dalam kehidupan seharian kita.
Marilah sama-sama kita renung dan muhasabah diri kita balik sejauh manakah pelaksanaan qiamullai dalam kehidupan seharian kita????tepuk dada tanyalah iman...Jesteru itu, kita selaku umat Islam perlu berjihad jasad dan jiwa untuk mencari kekuatan bagi memastikan ibadat qiamullai ini dapat dihudupkan untuk mengembalikan kedagangan Islam.
• Melaksanakan ibadat (wajib) terutamanya ibadah solat dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran diri.
• Rajin mengerjakan ibadat sunat dan menjadikannya kebiasaan, sebagai contoh : solat sunatqabliah dan ba’diah, qiamullai, puasa isnin khamis dan banyak lagi ibadah-ibadah sunat lain yang dituntut,walaupun sedikit tapi berkekalan.
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “…amalan terbaik kepada Allah ialah yang berterusan, walaupun ia sedikit.”
• untuk menguatkan jiwa dalaman, perbanyakkan zikir (mengingati Allah) dan sentiasa beristigfar (memohon keampunan daripada Allah).
• Menambah pengetahuan mengenai sirah Nabi dan para sahabat
• Sentiasa mendampingi para alim ulama’ dan mengutip ilmu yang ada pada mereka serta mendengar ceramah-ceramah agama.
• Menjaga hati dengan meninggalkan setiap perkara yang boleh memesongkan hati daripada jalan kebenaran seperti pergaulan dengan orang jahat, program televisyen yang tidak sopan,lagu dan gambar tidak elok (lucah).
• Memperbanyakkan taubat, iaitu menyesal atas kesalahan lalu kepada Allah dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi
Entry kali ini pasti mengundang kontroversi sekiranya tidak diperjelaskan dengan terperinci. Sunyi bukan bermakna mencari teman hidup ini akan tetapi kesunyian dirasai dek kerna kehilangan teman seperjuangan disisi. Inilah hakikat yang perlu disedari khususnya pada diri ini. Kita seringkali tidak pernah mengigati teman yang berada disisi, akan tetapi ianya akan terasa bila kehilangannya mula meniti. Itulah hakikat kehidupan realiti, saling memerlukan antara satu sama lain bagi melengkapi diri.
Memang tidak dinafikan, teman adalah penyeri kehidupan. Bagaikan ombak dengan lautan, bagaikan lagu dengan irama, menggonggah kehidupan mencari kedamaian. Oleh sebab itu tanpa teman hidup laksana dalam kegelapan suram dan muram menanti pengakhiran.
"teman-teman dikatakan penyeri kehidupan"..sekadar gambar hiasan
Ah!!kemana sahaja teman-temanku ini, sunyi meresap dalam diri….sudah lama tidak mendengar hilaian tawa, tiada gurau senda. Adamu tidak dirasai, hilangmu amat dicari, hadirmu amat dinanti. Teman yang ada pula menghilangkan diri, ada ke Tanta dan tidak kurang yang membawa diri, hidup berbelah bagi demi mencari identiti sendiri.
Oh…Masih di ingat ramadhan yang telahpun berlalu pergi. Masa bersahurlah amat terasa sekali, sunyinya hidup ini memerlukan ramai teman disisi. Makan sahur hanya bertiga, bangun bila terjaga menanti teman yang belum tiba lagi…adakah ini penumpul selera diri???
Terima kasih kepada teman-teman yang masih setia disisi. Kalianlah semua pengubat kesunyian ini demi mencari sebuah kematian hakiki yang entah bila akan akan mengunjugi. Semoga kita semua bersiap sedia menanti, agar memperoleh balasan yang abadi.
saat kau pergi terasa sunyi hari-hariku andai engkau tahu aku merindukanmu merindukan hari2 di mana telah kita lewati bersama terasa sangat bahagia bila ku ingat hari itu. namun.....
kini kau telah jauh dariku terasa hampa hari2 ku tiada lagi tempat aku mencurahkan keluh,kesahku.
tuhan... andai aku boleh meminta ku ingin dia kembali di sisiku sebagai sahabat ku yang selalu menemaniku disaat ku susah dan senang.
Ingatlah sahabatku.. Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid, Yang merindukan dan memburu syahid, Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat.. Senyumlah dan serilah wajah, Walau pudar dan hambar datang tak sudah, Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah, Doaku agar kita berani seperti Hamzah, Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
jadilah sahabat yang baik... Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat. Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Binalah nilai seorg sahabat yg baik....
selamat datang kepada sahabat ku yg akan datang kembali ke Mesir pada 23/10/2008 ni..
Memang tidak dapat dinafikan,suasana beraya ditempat orang memang jauh berbeza. Perasaan hiba mula mengunjung tiba bila mengenangkan ayah bonda sanak saudara. Sahabat-sahabt jualah pengubat duka mengindahkan suasana.
Walaupun sudah 2 minggu berada dibulan Syawal, kemeriahannya masih lagi terasa. Disana sini dipenuhi dengan undangan majlis rumah terbuka. Rumah ahli dan rumah negeri tidak terlepas mengambil bahagian dengan menghidangkan pelbagai menu dan citarasa. Hanya dengan majlis ini sahajalah kami dapat merasai seperti beraya di Negara sendiri.
Kegembiraan ini dihangatkan lagi dengan kehadiran muktamar ke 13 Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan (KPKM). Muktamar ini telah diadakan di dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru yang terletak di Syeksyen 7, Kaherah. Muktamar ini berlangsung selama 2 hari iaitu bermula hari ahad & selasa bersamaan 12 & 13 Oktober. Muktamar berjalan lancar, walau bagaimanapun kelancaran ini sedikit hambar kerana kurangnya sambutan dari ahli. Namun muktamar turut berlangsung demi memastikan warisan kepimpinan dapat diwarisi.
Keindahan ,kegembiraan beraya dan kesuraman muktamar ini tidak dapat kami gambarkan melainkan dengan melihat gambar yang sempat diambil.
para tetamu memilih makanan....
jamuan terbuka PMRAM di hayyu asyir kompleks rumah Malaysia
dapat sambutan....antara tetamu yang hadir memeriahkan hari terbuka PMRAM
berjalan di rumah bukhari dengan menu yang istimewa....lontong
antara piminan keluarga pelajar2 kelantan Mesir 2007/08
perwakilan tanta bangun membahaskan usul tergempar
sempat berposing...AJK yang turut membantu menjayakan muktamar