Rahsia Kehebatan Qiamullai

Wednesday 29 October 2008

by:abg chik

Qiamullai atau dalam bahasa melayunya disebut bangun malam bukanlah satu perkara yang asing dan baru kepada kita semua, bahkan ianya satu ibadat sunat yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu daripada kita.

Untuk melahirkan azhari dan azhariah yang mantap dalam segala aspek, tidak kira dari aspek rohani mahupun jasmani perlu ada satu pengisian atau amalan yang boleh merapatkan hubungan azhari dan azhariah dengan Allah s.w.t. Amalan dan pengisian tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah qiamullai. Sebagaimana yang kita semua ketahui amalan qiamullai merupakan santapan rohani kepada pejuang-pejuang islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah sekarang.

Qiamullai atau bangun malam adalah satu amalan sunat yang amat dituntut di dalam Islam. Bahkan amalan ini menjadi satu kewajipan kepada baginda Rasulullah s.a.w. dan mustahab kepada umatnya. Allah s.w.t. telah menggezetakan di dalam surah al-Israkyang membawa maksud :

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.

Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa qiamullai telah dilaksanakan oleh umat-umat terdahulu. Cuba kita ungkap kembali di dalam sejarah peperangan di zaman Rasulullah s.a.w., baginda tidak mengizinkan mana-mana tentera muslimin keluar ke medan jihad jika didapati tidak melakukan qiamullai. Contoh yang kita dapat lihat disini ialah sewaktu berlakunya perang salib, panglima tentera Salahuddin al-Ayubi senantiasa membuat pengawasan bagi memastikan semua tentera-tentera Islam bangun untuk berqiamullai.

Di dalam surah muzammil Allah s.w.t. telah menjelaskan kepada kita semua dengan sejelas-jelasnya tentang qiamullai. Allah s.wt. telah merakamkan di dalam al-Quran yang membawa maksud :

Wahai orang Yang berselimut!.Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil". (Sayugialah Engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing Dengan Ibadat Yang berat kepada hawa nafsu, kerana) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya).Sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.(Kami galakkan Engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana Sesungguhnya Engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan Yang panjang kira bicaranya;Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dalil di atas ini jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa qiamullai merupakan satu amalan sunat yang amat-amat dituntut dalam agama. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk menatijahkan menguatkan jiwa kita selaku pejuang-pejuang Islam. Diantara istifadah yang sama-sama kita boleh ambil daripada ayat diatas ialah “sesungguhnya qiamullai atau bangun malam itu kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan diwaktu itu) lebih berkesan”.

Kita selaku azhari dan azhariah yang mendokong risalah Allah s.w.t. seharusnya menjadikan qiamullai sebagai satu pengisian atau amalan teras di dalam kehidupan seharian kita.

Marilah sama-sama kita renung dan muhasabah diri kita balik sejauh manakah pelaksanaan qiamullai dalam kehidupan seharian kita????tepuk dada tanyalah iman...Jesteru itu, kita selaku umat Islam perlu berjihad jasad dan jiwa untuk mencari kekuatan bagi memastikan ibadat qiamullai ini dapat dihudupkan untuk mengembalikan kedagangan Islam.

0 Comments: