Jom Puasa 6

Friday 10 October 2008

By : ayah ngah

Dalam pada kita menyambut hari raya aidilfitri, janganlah sekali-kali kita melupakan amal ibadah kepada Allah s.w.t. Tarbiah ramadhan telah banyak mengajar kita erti ubudiyyah kepada Allah s.w.t dalam melakukan tuntutan beribadah. Salah satu amal ibadah yang dituntut untuk dilakukan adalah melaksanakan amalan-amalan sunat. Berdasarkan ganjaran pahala yang cukup besar,justeru, saya ingin bertanya kepada kalian semua, sudahkah kalian melaksanakan puasa enam syawal??

Alhamdulillah, kita masih lagi berada di bulan syawal. Kesibukan menyambut syawal meriah sekali sehingga kita terlupa terhadap suatu ganjaran yang amat besar menanti iaitu melaksanakan puasa 6. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah memulan puasa 6 dan kepada sesiapa yang belum lagi start, harap dapat melaksanakannya sebelum berakhirnya bulan syawal ini.

puasa enam di bulan syawal merupakan suatu amalan sunnah yang sangat dituntut. ianya dinamakan puasa enam syawal kerana dilaksanakan selama enam hari di dalam bulan syawal. Tuntutan ini bukanlah suatu yang wajib, akan tetapi ainya merupakan suatu tuntutan sunat yang menjanjikan ganjaran pahala yang amat besar.Mana dalil tuntutan tersebut??maka dibawah ini dinyatakan dalil-dalil tersebut :-

Dalil-dalil yang menunjukkan sunnahnya puasa enam hari di bulan Syawal :

عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ (ص ) قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya :

“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (H/R Muslim (1164)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ فَشَهْرٌ بِعَشَرَةِ أَشْهُرٍ وَصِيَامُ سِتَّةِ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ فَذَلِكَ تَمَامُ السَنَةِ

Maksudnya :

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, maka puasa sebelum itu sama dengan sepuluh bulan dan dengan puasa enam hari setelah berbuaka (berhari raya), maka itu melangkapi puasa setahun”. (H/R Ahmad 5/280).




****Permasalahan sekitar puasa 6


1.Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
------------

Puasa sunat enam Syawal boleh dimulakan pada bila-bila masa sahaja pada bulan syawal kecuali pada 1 syawal. hal ini kerana hari tersebut telah diharamkan ummat Islam berpuasa padanya. Ini bermakna kita boleh memulakan puasa 6 kita paling awal pada 2 Syawal sehinggalah berakhirnya Syawal.

Abu Sa`id al-Khudri berkata: "Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.".


2. Bagaimanakah cara Puasa Sunat Enam Syawal dilaksanakan??
-----------
sememangnya persoalan ini wujud dalam pemikiran kita, adakah puasa 6 ini perlu dilaksanakan selama 6 hari berturut-turut @ secara rambang?.

Para ilmuan telah menetapkan beberapa cara dan secara mudahnya,pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Hal ini berdasarkan sabda sabda Rasulullah:


وَأَتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ (وَفِى رِوَايَةٍ) سِتًّا مِنْ شَوَّالَ.

“Dan ikutkanlah/iringkanlah dengan puasa enam hari di bulan Syawal. (Diriwayat yang lain) Enam hari di bulan Syawal”.

Hadis di atas ini menunjukkan bahawa bulan Syawal keseluruhannya waktu untuk berpuasa enam, diberi kelongaran sehingga tidak dikhususkan sebahagian waktu dengan waktu yang lain, Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.


3.Bolehkah puasa sunat diniatkan bersama puasa ganti (qodha)??

----------

masalah ini sering melanda masyrakat kita terutamanya mereka yang ingin memudah-mudahkan setiap ibadah. Sememangnya agama Islam itu mudah akan tetapi bukanlah bermakna kita boleh memudahkan dengan cara kita sendiri. Isu menggabungkan puasa wajib (qodha) dengan puasa sunat ini amat popular sekali. Perlu dinyatakan disini bahawa menggabungkan puasa sunat bersama dengan puasa wajib (qodha) adalah tidak sah. .


Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan :

"Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.


Dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud:


“ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”. [al-Baiyinah 98:05].


justeru, mana mungkin ibadah yang fardu dapat dilniatkan seiring dengan ibadah yang sunat. Saya bimbang sekiranya penggabungan antara puasa sunat dengan puasa wajib (qodha) ini akan memberi kesan kepada ibadah yang lain. Mereka ini akan memudah-mudahkan setiap ibadah dengan menggabungkan yang wajib dengan yang sunat. Sebagai contoh ; mereka akan menggabungkan niat sembahyang fardu dengan sembahyang sunat, sembahyang isya’ dengan sembahyang sunat tarawih, sembahyang jumaat dengan sembahyang tahyatul masjid dan sebagainya. Justeru, niat ada disiplinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


4.Yang mana lebih utama diantara puasa sunat syawal @ puasa ganti (qodha)?

------------

Sebagai asasnya perkara yang utama ialah melakukan ibadah wajib terlebih dahulu dan ibadah sunat dituruti kemudian. Justeru,perlulah kita ketahui bahawa amalan fardhu atau wajib itu lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu. Secara jelasnya yang fardu perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan bagi menampung amal ibadah yang wajib itu barulah dapat dilaksanakan perkara-perkara sunat.

Walau bagaimanapun, sebagai mana kita sedia maklum, puasa ganti ini tidak ditetapkan masanya dan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja. Puasa sunat syawal pula hanya dapat dilakukan pada bulan syawal sahaja. Justeru boleh dilaksanakan puasa syawal terlebih dahulu berdalilkan tindakan saidatina A’isyah r.a yang melewatkan qadha puasa ramadhan.


Oleh sebab itulah,saya menyatakan pelaksanaan ini tertakluk kepada keadaan seseorang. Sekiranya keadaan seseorang itu merasakan tubuh badanya sihat dan sempat melakukan puasa qodha maka lakukanlah puasa sunat syawal, akan tetapi, sekiranya dia merasakan dirinya tidak sempat dan bimbang bertemu ajal, maka yang lebih aula dilakukanlah puasa qodha. Perlu diberi perhatian!!, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita belum pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh yang kita inginkan atau ajal datang mengundang dahulu.

Jelasnya, seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah, malah ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali (ulasan ust. zaharuddin) .oleh hal yang demikian, kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi serta tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan ganjaran pahala yang amat besar.


Apa yang pasti bergantunglah kepada diri seseorang itu samaada dia merasakan dirinya sempat ataupun tidak. Yang pasti hutang Allah tetap wajib dibayar.

0 Comments: