Perjalananku Masih Jauh

Friday 31 October 2008

by : ayah ngah


Perjalan kita masih jauh…

Penuh liku onak dan bahaya…

Semangat kental harapan ummah..

Untuk Islam pasti gemilang….


Begitulah permulaan Lirik nasyid tradisi yang sentiasa bermain dilidahku bagi memberi semangat dan kekuatan. Entah kenapa aku begitu tertarik terhadap lirik tersebut khususnya aku yang bergelar thullabu ilm ini. Secara peribadinya aku dapat jelaskan bahawa perjalan kita masih jauh adalah diri aku sendiri. aKu merasakan setelah menuntut dan mencari ilmu di bumi Mesir setahun lepas bagaikan gambaran luaran sahaja. Semakin dicari semakin banyak yang perlu diketahui dan semakin jahil diri ini rasanya. Masakan tidak, segala ilmu yang dipelajari di bumi KIAS dahulu hanyalah asasnya sahaja. Di Mesir inilah perlu dikaji dan diteliti secara mendalam. Oleh yang demikian, aku meyakini bahawa perjalanan kita masih jauh lagi


Hakikat dalam kehidupan penuh dengan ujian. Mana mungkin Allah membiarkan manusia itu hidup tanpa diuji keimanannya. Oleh sebab mencari ilmu juga merupakan sebahagian dari kehidupan, maka ia turut diuji dengan pelbagai liku, onak dan bahaya. Begitu jua diri ini, diuji dalam keputusan imtihan yang lepas yang menyebabkan aku masih kekal di tahun 3. Sesekali pernah rasa tertekan dan hiba, namun Tuhan lebih mengetahui ujian tersebut adalah yang terbaik untuk diriku ini. Semua ini memerlukan semangat yang kental bagi menghadapinya dan inilah harapan ummah demi melihat kegemilangan Islam suatu masa nanti.

TAKBIR3x


0 Comments: