Saturday 27 September 2008


Designed by aQiRa

Tazkirah Ramadhan 2

Thursday 25 September 2008

by : ayah ngah

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين ... قال رب اشرحلي صدرى ويسرلى أمرى واحلل عقدة من اللسانى يفقهوا قولى ... سبحانك لاعلم لنا إلا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم، ولا حول ولا قوة إلا باالله العلي العظيم

أما بعد

حي بنا، نشكر إلى الله سبحانه وتعالى على أكمل لنا الدين وأتم علينا النعمة، ورضى لنا الإسلام دين. جدير بالذكر، من النعمة التي تعطى إلينا وهو يأمر العبادة الى الله بالإخلاص له ولا يشرك به. وبمناسبة شهر الرمضان، كلنا من امة الإسلام نؤدى عبادة الصوم لأمر من الدين. ولأجل ذلك، أن عبادة الصوم من أحد الدليل التى يأمرنا بشكر إلى الله سبحانه وتعالى

فإنا شهر رمضان شهر يحتاجه ويتحرر فيه المسلم من قيود الدنيا وشهواتها، ويقبل على الله ويقف على أبوابه. شهر يلقي فيه المسلم عن كاهليه أثقال الحياة ليعانق رحمات الآخرة. ومن فضل الله ورحمته بهذه الأمة أن جعل لها هذا شهر بفيوضاته وبركاته ورحماته وعطاءاته؛ لينقلها نقلة عظيمة، وليعدها لمواجهة تحديات الحياة.

Saudaraku yang dimuliakan…

Adakah anda memahami apa yang cuba saya sampaikan diatas??Fahimta wala eh? Faham ke? Klu tak faham saya mohon kemaafan munkin kerana penggunaan bahasa yang celaru dan lebih kepada bahasa arab versi melayu. Oleh sebab itu, kepada sesiapa yang tidak memahaminya boleh terus bertanya saya melalui komen dan untuk lebih mudah lagi silalah cari dalam kamus ye..ana saje nak berlatih berbahasa arab agar tidak luput dalam ingatan…

Saudaraku yang dikasihi…

Sedar ataupun tidak, hanya tinggal kurang seminggu sahaja lagi ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Adakah kita Berjaya mengisinya dengan penuh ibadah atau sebaliknya?, adakah ramadhan pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas atau lebih teruk? Ha!! tanyalah pada diri masing-masing..tepuk dada tanya iman.jangan Tanya aiman pula, takut nanti aiman jawab “aiman tak kisah”. Muhasabah diri, tingkat jatidiri.

Saya masih ingat kata-kata tok guru Nik Aziz dalam satu ceramah di bulan puasa pada tahun lepas, dia mengigatkan bahawa ;“Bila kito poso ni, kita keno ingat, kito keno wi’ jadi posa kito ni sebagai wija’ (penghalang) dari segala benda, bukan stakat tahan diri dari make dan minum jah, bahkan dari semuo skali samaada tangan ko,kaki ko,mulut ko, mata ko, telinga ko dan anggota tubuh hok lain, semua skali kito kena kawal dio spayo dia ni tak’ kurang pahalo poso kito dan hok paling penting dio tok’ batal poso kito”. Tok guru selalu memberi pesan sedemikian kerana beliau bimbang ramai dikalangan kita ini yang berpuasa dengan mendapat keletihan semata-mata tanpa ganjaran pahal dari Allah s.w.t. hal ini telah dijelaskan dalam satu hadis nabi s.a.w sebagaimana berikut :

كم من صائم ليس له الصيام إلا العطش والجوع

Maksudnya : berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tiada baginya melainkan lapar dan dahaga sahaja.

Nyatalah disini bahawa, ramai diantara mereka ini dilihat berpuasa tetapi mereka tidak menyedari bahawa puasa mereka tidak sekali-kali diterima oleh Allah dan sememangnya mereka hanya berlapar dan berdahaga sahaja. Secara tegasnya saya nyatakan bahawa ini bukanlah misi yang kita kehendaki. Jadi, bagaimana kita mahu menjadikan puasa kita ini benar-benar suatu ibadah yang diterima oleh Allah? Oleh sebab itu, sebagai jawapannya, maka tidak dapat tidak bagi seseorang itu mengetahui dan mengenal pasti dimanakah tahap puasa mereka yang sebenar.

Dalam menentukan tahap ketakwaan puasa ini,hujjatul Islam, imam Ghazali dalam kitabnya ihya’ ulumuddin telah mengelaskan puasa ini kepada 3 tahap berdasarkan perilaku seseorang. Tahap yang pertama ialah puasa العوام. Tahap yang kedua pula ialah puasa الخواص dan tahap puasa yang ketiga ialah puasa خاص الخواص .

Apa yang dimaksudkan puasa “al-awwam” ini ialah puasa yang dilaksanakan oleh orang yang tidak memahami kewajipan sebenar puasa. Mereka berpuasa hanya ikut mengikut dan adakalanya mereka ini berpuasa kerana malu ekoran orang disekelilingnya berpuasa maka mereka pun berpuasalah. Kebanyakan dari mereka ini terdiri daripada orang yang tidak mempelajari ilmu agama dengan mendalam. Bagi mereka puasa ini adalah tidak makan dan minum sahaja. Mata mereka, pendengaran mereka, percakapan mereka serta anggota yang lain tidak turut berpuasa. Oleh sebab itu kita dapati ramai sekali golongan ini dan yang lebih mengejutkan turut menimpa pelajar jurusan agama.

Tahap puasa yang kedua pula dinamakan puasa “khawwas”. Istilah ini diberikan kepada mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan mendalam. Mereka ini bukan sahaja berpuasa dari makan dan minum bahkan anggota badan mereka yang lain turut berpuasa sama. Mereka tidak makan dan minum dalam masa yang sama telinga mereka tidak mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Mereka tidak makan dan minum dalam masa yang sama mata mereka tidak melihat kepada perkara yang keji. Mereka tidak makan dan minum dalam masa yang sama mulut mereka tidak bercakap perkara yang bukan-bukan..begitulah seterusnya,seluruh anggota tubuh mereka turut berpuasa sama untuk mencari keredaan Allah s.w.t. walau bagaimanapun dalam melaksanakan ibadah ini, hati mereka masih lagi lalai daripada sentiasa mengigati Allah s.w.t.

Istilah tahap ketiga pula dinamakan puasa “khas al-khawwas”. Tahap ini merupakan tahap yang tertinggi sekali dalam kita melaksanakn puasa. Golongan ini merupakan golongan yang berpuasa dari makan minum,berpuasa seluruh anggota tubuh dan yang terakhirnya ditambah berpuasa terhadap hati. Hati mereka ini turut berpuasa dari segala benda yang memesongkan hati dari mengigati Allah dan segala benda yang menjauhkan diri dengan Allah samaada kesyirikan dan sebagainya. Oleh sebab itu, kita melihat bahawa darjat inilah yang benar-benar dinamakan darjat orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Melalui tahap-tahap yang telah dibahagikan ini, maka cuba kita letak dimanakah tahap kita sekarang? Adakah kita berada pada tahap pertama ataupun kedua ataupun ketiga? Sama-samalah kita memuhasabah diri agar kita tidak menjadikan puasa kita ini suatu adat yang mana apabila orang lain puasa kita turut berpuasa tanpa memahami apakah erti puasa sebenar yang dikehendaki oleh Allah s.w.t .Hisablah diri anda sementara ramadhan masih lagi bersama dengan kita. Jagan sesekali kita merasakan kita akan berpeluang pada ramadhan yang akan datang kerana segalanya belum lagi pasti. Sempat atau tidak bertemu kembali, hanya Tuhan yang mengetahui…wslm

Ramadhan Sebagai Tapak Pengislahan Diri

Tuesday 23 September 2008

by : Q-dir

Selain dari bulan puasa, bulan ramadhan juga merupakan bulan untuk kita mentarbiah diri. Hal ini demikian kerana bila kita berada di bulan ramadhan ini maka kita akan namakan ia madrasah ramadhan (sekolah). Madrasah ialah tempat belajar, tempat didikan, tempat untuk meningkatkan kefahaman. Jadi tidak salahlah jika kita katakan kita sekarang ini berada dalam pentarbiahan ramadhan.


Orang yang betul-betul mendapat tarbiah (didikan) di bulan ramdhan ini akan merasa dirinya berubah dari semasa ke semasa, daripada malas kepada rajin, daripada buruk kepada baik dan apa yang penting adalah ilmunya juga bertambah dari hari ke hari. Maka cukup malu sekiranya orang yang melepasi pentarbiahan ramadhan itu sama sahaja dengan sebelumnya. Berjaya ataupun tidak seseorang itu kita akan dapat lihat bila berakhirnya bulan ramdhan nanti….


Oleh yang demikian, sebelum berakhirnya bulan ramdhan ini, marilah sama-sama kita mengislah diri kita agar dapat menjadikan diri ini daripada kurang baik kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik dan dari lebih baik kepada yang terbaik. Rentetan daripada itu, dibawah ini telah digariskan beberapa item untuk mengislahkan diri kepada yang lebih sempurna :


* melakukan pengislahan diri bersama niat yang suci serta membuat persiapan dengan perancangan rapi untuk berubah.


* Pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.


* Bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah dan sebagainya.


* Bertadarus al-Quran dan memahaminya dengan teliti. Apa yang penting, bertekadlah didalam hati untuk menghabiskan al-Quran pada bulan ramadhan ini sekurang-kurangnya sekali


* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.


* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai wija’ (penghalang) kepada perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran,.


* Berazam untuk meninggalakan segala kejahatan dan tidak mahu mengulanginya semula dengan melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat yang bersungguh-sungguh.


* Bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.


* Layani dan hormati kedua-dua ibu bapa serta golongan yang lebih tua dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan,


* memohon maaf terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka dan bukan menunggu menjelangnya awal Syawal.


* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.


* bertekad untuk meninggalkan tabiat buruk semasa dan selepas Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.


* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah.


Secara kongklusinya, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.


Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT dan janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT,

Oleh : Muhammad Najid Bin Abdullah

Persolan mungkin, ikhtilat IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin/muslimat yang beriman kepada Allah dan rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.

Pelanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana:


1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.

2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.

3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.

4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.

Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, "Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah karena pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi."

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.


Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini


1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!" Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ‘warak berbungkus’.


2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi jalan malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat-tempat yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhari mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. "Chop awal2" Untuk berkahwin

"Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'chop' seorang akhwat untuk menikah karena takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.


4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai signifikannya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan taruhan masyarakat di tanah air sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da'wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da'wah karena khalwat secara maya mudah untuk berlaku.

Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini


a. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, karena yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

b. Allah SWT berfirman, "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,'Hendaknya mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya??"

(QS.24: 30)

c. Allah SWT berfirman, "Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya??" (QS.24: 31)

d. Rasulullah SAW bersabda, "Pandangan mata adalah salah satu dari panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya karena Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya."

e. Rasulullah saw. Bersabda, "Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah resiko bagimu." (HR Ahmad)

f. "... Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..." (Al Ahzab: 32)


Penutup

Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Justeru sebenarnya langsung tidak timbul soal seksisnya kaum Adam dalam menghukum hawa, tapi yang pasti Islam mengajar kita untuk berdepan dengan masalah dengan menggunakn ukuran kapasiti selaku manusia.

Nah, masuk akal jika kita katakan perempuan yang dilebihkan oleh Allah dalam soal menjaga maruah dan harga diri sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan masalah ini. Namun ini tidak bermakna lelaki boleh berbuat sesuka hati. Selaku lelaki yang sifatnya dikuatkan oleh Allah dalam segala hal, sepatutnya tidak terjerlus kelembah becak kemaksiatan.

Jadilah lelaki yang mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama-sama memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini.


posted by : aljihadi

p/s : perbanyakkan amalan sebelum ramadhan meninggalkan kita

Hanya ingin Mengingatkan

Friday 19 September 2008

By: abg chik

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Hanya Kerana Sebuah Henset......

Wednesday 17 September 2008


Setiap orang mempunyai pengalaman-pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Begitu juga dengan aku, peristiwa yang aku lalui ini tidak dapat aku lupakan dan ingin sekali rasanya aku berkongsi dengan kalian semua agar dapat diambil iktibar.

Kisahnya bermula pada 13 september 2008 bersamaan 13 Ramadhan 1429 H Jam 4.15 petang waktu Mesir. Setelah selesai solat asar berjemaah, aku ingin buat persiapan untuk berbuka..masa masih berbaki 2 jam lagi. entah kenapa tiba-tiba teringin pula nak makan kuih tapi bukan mengidam la he2. aku duduk dikatil dan memikirkan sesuatu."nak kena pegi juga ni, tapi nak ajak sape ye untuk teman? aku bermonolog sendiri. kebetulan pula syafiq lalu depanku. “eh fiq!, aku ingat nak cari kuih-kuih la cikit untuk berbuka kita ni, apa kata kau teman aku, tak syok la jalan sorang ni” cadangku sambil merayu. “Ye la..ye la, tapi tunggu kejap ye..aku nak salin pakaian dulu”. Balas syafiq tanda bersetuju. Sebenarnya kami telah dinasihatkan oleh abang-abang lama supaya jangan berjalan sendirian semenjak kami mula-mula sampai di Mesir lagi, memandangkan banyak sudah kes ragut yang berlaku. Setelah lama menunggu… “Apa la kau ni fiq, bersiap mengalahkan orang perempuan je” cetusku sambil bergurau. Syafiq hanya tersenyum sambil membalas “aku bukan ape joe, kita bila nak keluar ni kena la smart cikit, mana tau jumpa ngan kak jah kat bawah tu..ada rezeki tersangkut satu kat aku..ha!tak ke untung aku” balas syafiq sambil tersengih. “Eleh..ye la tu, kak jah skang ni dah tak tengok smart-smart ni… yang penting skang ni adalah sikap bertanggung jawab dan dan sikap prihatin”. balasku tanda memprotes ayat syafiq sebentar tadi. kami sama-sama ketawa. Sebenarnya istilah “kak jah” ni adalah singkatan yang kami gunakan untuk akhowat-akhowat yang bakal bergelar ustazah bila balik Malaysia nanti.

Kami berdua turun dari tingkat 5 dan terus menuju ke gerai yang terletak tidak berapa jauh dari sya’ah kami. Setelah membeli kuih-kuih yang dingini tiba- tiba terdengar kekecohan berlaku berhampiran dengan tempat kami membeli kuih. “Ada pergaduhan la tu” getus hati kecil ku. Aku tidak menghiraukan kekecohan tersebut kerna sudah menjadi kebiasaan orang arab dimesir ni, pergaduhan, perbalahan sudah menjadi lumrah mereka. Walau bagaimanapun jarang benar aku melihat mereka bertumbuk dan kebiasaannya yang bising-bising tu adalah perbalahan mulut je la. Bila disebut “sollu ala nabi” mereka terus berselawat dan berhenti. Adakalanya mereka terus berpeluk seperti tiada apa yang berlaku. Itulah kehebatan orang Mesir yang aku kagumi. Kalau tempat kita….korang pikir-pikir la sendiri.

Setelah kuih-muih dibeli aku melihat pergaduhan itu belum juga berakhir, manakala orang yang mengerumun pula semakin ramai. “ni mesti kes besar ni, jarang berlaku ..kena pergi tengok ni” getus nurani ku.. tiba-tiba terdengar siren polis dan ini menambahkan lagi keinginan ku untuk melihat apa sebenarnya yang sedang berlaku. Aku terus menarik tangan syafiq untuk pergi ketempat tersebut. Setelah sampai ke tempat tersebut aku terus mengeluarkan hanset berkamera berjenama sony ericson k750i untuk mengambil gambar kejadian bagi dipertontonkan kepada sahabat-sahabat yang berada dirumah. “klik,klik” aku terus mengambil gambar tersebut tanpa menghiraukan kekecohan yang berlaku. Rupa-rupanya gambar sekumpulan polis sedang memukul suspek pergaduhan untuk dimasukkan kedalam trak.

“Alamak! kabur la plak, tak leh jadi kalau staro ni” getus hati ku tanda tidak berpuas hati. Tiba-tiba terdengar suara seorang pemuda arab dibelakang ku ; “Ya akhi,mush taswir..mamnu’.. tegur pemuda tersebut sambil menggerakkan jari telunjuknya kekiri dan kekanan tanda tidak boleh mengambil gambar berkenaan. Aku tidak menghiraukan teguran pemuda tersebut dan sambil menyelinap masuk dicelah-celah orang ramai untuk melihat dan mengambil gambar secara lebih dekat lagi. Setelah hampir dengan mereka, sekali lagi aku terus memfokuskan telefon berkameraku dan aku zoomkan gambarnya agar Nampak lebih jelas lagi. “klik,klik” hanset aku berfungsai dengan baik sekali. Gambar kali ini pun lebih baik dan secara jelasnya aku berpuas hati.Tiba-tiba bahu ku dipegang dan hansetku terus dirampas. Aku terpinga-pinga dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Sambil memandangnya aku terus ditarik oleh seorang mabahis dan dicampak kedalam chavrolet polis.

“Ya malizi!!Khuss guwwah” tengking seorang polis yang berada di dalam chavrolet tersebut sambil menyepakku . Aku terus merangkak kehujung tempat duduk sebelah dalam tanpa membantah. Syafiq terkejut melihat situasi yang berlaku kerana aku turut dimasukkan bersama dua orang pesalah yang bergaduh tadi. Syafiq terus meluru untuk membantu ku ; istan’na ya rais..huwa malizi, huwa sodiqki, huwa mush khoti, huwa ahsanu nass ” bertubi-tubi sfafiq membelaku. “La’a huwa sawwir suroh” jawab mabahis dengan ringkas. Syafiq pasrah dengan kejadian yang berlaku kerana memang silapku mengambil gambar tersebut.

Aku telah dibawa ke sebuah balai berhampiran. Walau bagaimanapun, semasa dalam perjalanan aku telah ditanya beberapa soalan. “Ya walad!! Ismakeh”?? Belum sempat aku menjawab tiba-tiba “pang” muka aku ditampar. Hei!! Enta minin?? Sekali lagi belum sempat aku menjawab tangan lain pula yang singgah dimuka ku. Begitulah seksaan pertama diatas chavrolet. Kira mudahnya satu soalan satu pelempang la..Seingat aku lima soalan telah ditanya dan kelima-lima tidak sempat untuk dijawab. Begitulah nasibku. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana pula seksaan bila sampai dibalai nanti. “Aduh..matilah aku nanti” rintih hati kecil ku. Sebelum ini aku telah mendengar cerita abang-abang lama pasal polis Mesir ni. Tak kena penjara bawah tanah, dalam penjara kat luar pun dah teruk kena tibai. Tiba-tiba aku teringat keluarga di Malaysia, entah macam mana air mata jantanku jatuh berguguran membasahi pipi “bagaimana la nasib ku nanti,adakah aku akan dimasukkan kedalam penjara? bagaimana keadaan keluargaku nanti bila mereka mengetahuinya”? aku cuba untuk membina soalan sendiri.

Sampai sahaja ke balai, aku diarah turun dengan kasar ; “yallah!! inzil , syur’ah-syur’ah” suara abang polis menyuruh kami segera turun. Aku pula mengikut perintah tanpa menjawab. Tiba-tiba datang seorang pegawai membawa kayu yang diikat dengan tali. Sekali lagi hati aku gementar dan gemuruh. "mampus aku kali ini teruk la aku kena belasah ni" cetus hati dalaman. “Pap” bunyi tali memukul tubuh si pesalah tadi. Kemudian, pegawai tersebut terus menghala kepadaku pula..Aku terus menagis agar mendapat simpati awal dari pegawai tersebut. Mungkin dia ingatkan aku termasuk dalam pergaduhan tersebut. Walau bagaimanaun nasib baiklah dia dihalang dan diberi penerangan. Aku terus dibawa masuk menghadap pegawai dan di ambil keterangan. Dek ekoran kesalahan aku mengambil gambar tersebut, aku telah diberi penerangan oleh seorang pegawai berkaitan dengan perbuatanku yang salah tadi. "jagan buat begini lagi, ini melibatkan maruah polis Negara kami, sekiranya kamu menyebarkan gambar tersebut kepada rakyat Malaysia tidakkah akan merosakkan imej polis Negara kami. Status polis Negara kami juga perlu dijaga”. Terang pegawai itu pangjang lebar. Aku hanya mengangguk tanda faham dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Setelah dipadam segala gambar yang diambil tadi, pegawai tersebut menyerahkan kembali hansetku. Aku begitu bersyukur kerana hanset aku tidak dihancurkan. Ini kerana melalui cerita yang pernah aku dengar, sekiranya kamera atau hanset yang dirampas oleh polis ekoran mengambil gambar-gambar yang tidak dibenarkan akan di buang atau di hancurkan. Itulah ketegasan yang ditanam dalam diri setiap polis mahupun askar Mesir atas sikap al-ihtiyat (berhati-hati) terhadap semua perkara yang melibatkan orang asing. Hal ini kerana negara mereka pernah terlibat dalam peperangan 3 serangkai.

Aku dilepaskan pada jam 6.10 malam lima minit sebelum berbuka. Keluar sahaja dari pintu balai polis tersebut, abangku dan juga syafiq telah berada diluar menyambutku bersama kuih-kuih yang kami beli tadi. “Jom makan”, ajak syafiq. “aku bawak kuih ni sebab nak bagi kat kau la..ye la mana tahu takut engkau kempunan dalam penjara tak dapat makan kuih yang dibeli tadi” syafiq meriuhkan suasana sambil mengenakan aku. Kami sama-sama ketawa dan aku dapat merasakan mereka semua hilang keresahan kerana aku tidak dipenjarakan. Aku pula tersenyum sambil menyembunyikan keseksaan yang telah diterima ekoran hanya sebuah hanset berkamera… peristiwa yang tidak akan aku lupakan dan akan disemat dalam diri buat selama-lamanya.

Selepas dari peristiwa tersebut, aku menjadi fobia bila berjumpa dengan polis hatta polis yang menjaga jalan sekalipun. Entah mengapa aku menjadi sedemikian dan yang pastinya ia adalah bermula hanya kerana sebuah hanset berkamera…………………

ini merupakan kisah benar dengan sedikit perubahan...sebagaimana yang telah diceritakan oleh sahabatku yang enggan namanya disiarkan ekoran takut mendapat publisiti murahan..he2 koya2.. aku yakin kisah dia telahpun menjadi buah mulut budak-budak mesir kerana jarang benar berlaku penagkapan pelajar Malaysia di Mesir ini...mudah-mudahan kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua...wslm



Diolah kembali
by ayah ngah

p/s: ambik gambar ayah ngah lagi bagus

Tazkirah Ramadhan 1

Monday 15 September 2008

by : ayah ngah

Alhamdulillah puji syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih lagi dipanjangkan umur dalam menghabiskan sisa baki bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Sebagai mana yang diketahui, para ulama’ telah membagikan bulan ramadhan ini kepada tiga fasal. Fasal pertama kerahmatan, fasal kedua keampunan dan fasal ketiga pula adalah diselamatkan dari api neraka. Melalui fasal-fasal yang telah diberikan ini maka dapatlah kita ketahui bahawa untuk mengharapkan balasan syurga daripada Allah s.w.t ini bukanlah suatu perkara yang mudah.

Oleh sebab itu pada fasal yang pertama kita diseru untuk mendapatkan seberapa banyak kerahmatan ataupun kasih sayang ataupun rasa belas kasihan daripada Allah selama 10 malam.
Apabila kita telah diberi perhatian oleh Allah, kemudian kita diseru pula untuk terus melakukan amal ibadah agar diampunkan dosa-dosa yang dilakukan seterusnya memberikan ganjaran syurga kepada mereka-mereka yang telah melaksanakannya dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Cuba bayangkan bagaimana Allah ingin mengampunkan kita dan memberikan balasan syurga sekiranya kita tidak dikenali atau dikasihiNya?. Begitulah juga halnya dalam kehidupan kita, bagaimana mungkin kita akan mendapat kasih sayang dan juga perhatian daripada seorang bapa setelah kita melakukan kesalahan tanpa kita mendampinginya kembali serta memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Maka setelah dimaafkan barulah kita mudah untuk meminta sesuatu darinya. Kalau minta semasa dia marahkan kita pun dia akan bagi juga tetapi bagi dalam keadaan tanpa rasa kasih sayang dan “ala kadar jah” kata orang Kelantan.

Akhi alkarim…

Allah s.w.t telah berfirman:

يَأيُّهَا الذِّينَ آمنُوا كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِّيامُ كَمَا كُتِبَ عَلى الذِّينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقُونَ

Maksudnya : wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana yang telah diwajibkan ke atas ummat-ummat terdahulu (sebelum kamu) dengan demikian itu mudah-mudahan kamu bertakwa.
(Al-baqorah:183)

Bila tiba bulan ramdhan kita diperintahkan melaksanakan ibadah puasa. Maka pada masa ini tidak kiralah siapa mereka samaada mereka itu anak dato’ ke, anak menteri ke, anak raja ke, orang yang tinggal di kampong ke, tinggal di Bandar ke atau sesiapa sahaja asalkan orang itu mengaku beriman kepada Allah s.w.t maka tertanggung keatasnya kewajipan berpuasa dan suatu perkara yang patut diketahui adalah kewajipan ini bukanlah bermula dari kita bahkan telah diwajibkan kepada ummat yang terdahulu sebelum dari kita lagi. Melalui ayat tersebut juga, kefarduan puasa ini bukanlah suatu ibadah yang diperintahkan supaya dilaksanakan semata-mata bahkan natijah yang diingini oleh Allah s.w.t adalah melahirkan makhlukNya yang benar-benar bertaqwa serta beriman kepadaNya

Akhina almahbubin.…

Bila sebut pasal puasa ni kita kena ingat, puasa ni tidak sama dengan ibadah-ibadah lain seperti solat,zakat,haji dan sebagainya. Hal demikian kerana puasa ni benda yang tidak Nampak. Ia tidak diketahui orang seperti ibadah lain. Kalau kita lihat bila seseorang melakukan ibadah solat, kita akan tahu dia tu sedang solat berdasarkan pergerakan berdiri, duduk,rukuk, sujud dan sebagainya. Maka pada masa tu kita akan kata seseorang itu sedang bersolat. Begitu juga dengan zakat, bila seseorang itu telah membayar zakat, maka kita akan katakan bahawa seseorang itu telah pun menunaikan zakat.

Begitulah dalam ibadah-ibadah lain, semua perbuatan yang dilakukan akan melambangkan ibadah yang dilakukan. Adapun ibadah puasa ini tidak, dia adalah suatu ibadah yang memerlukan keikhlasan daripada orang yang melaksanaannya. Bila seseorang itu puasa maka segala tugas harian tetap diteruskan juga. Masa tidak puasa dia berjalan, masa bulan puasa pun dia berjalan juga, masa tidak puasa dia kerja, masa bulan puasa pun dia kena kerja juga. Jadi adakah kita dapat mengetahui seseorang itu berpuasa? Kalau boleh apakah tandanya?


ibadah puasa tidak sama dengan ibadah yang lain..ia memerlukan keikhlasan yang sebenarnya

Cuba kita perhati, kalau masa rehat seseorang pekerja tu pergi makan nasi, selepas itu masuk semula kerja dan bertembung dengan kita, adakah kita tahu dia tidak berpuasa dan baru sahaja selesai makan sebungkus nasi? Melainkan ada tanda yang menunjukkan dia baru selesai makan seperti mulut berminyak, ada sisa-sisa makanan yang terlekat pada misai dan sebagainya, maka boleh la kita kata dia tidak berpuasa. Tapi kalau dia lap kering mulut dengan tisu dan tiada benda yang dapat membuktikan dia tu makan, maka adakah kita mengetahuinya? Bahkan kita tetap tidak mengetahuinya. Begitulah hakikatnya puasa ini. Dia memerlukan suatu amal yang betul-betul ikhlas dari pelaksananya. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah kepada kita mengapa Allah s.w.t telah menyatakan dalam satu hadis qudsi yang bermaksud :

“setiap amalan anak adam itu adalah baginya kecuali amalan puasa. Ibadah puasa adalah untukKu dan Aku sendiri yang akan menghitungnya”.

Melalui hadis qudsi ini, tujuan yang dikehendaki oleh Allah s.w.t adalah tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk mencari hambaNya yang betul-betul ikhlas dan penuh pengharapan dalam melaksanakan perintah yang telah diwajibkan ini.
Justeru, saya berdoa kepada Allah s.w.t agar menjadikan kita semua seorang hamba yang benar-benar ikhlas dalam melakukan amal ibadah kepadaNya dan seterusnya memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda…

banyakkan berdoa dibulan yang mulia ini

Allahumma ya Allah…..
Allahummaj alna minal mukminina wal mukminati al mukhlisin fi kulli a’mali wal ibadah……..
Allahumma inna nasaluka ridhoka wal jannah wana’uzubika min sakhotika wan narrr…..
Allahumma innaka afuwun karim tuhibbul afwa fa’fu anna waliwalidina walijami’ie muslimin wal muslimat wal mu’minina wal mu’minat al ahya’I minhum wal amwat……

………………………Amin Ya Rabb………………

Assalamualaikum Semua.......

Sunday 14 September 2008

By: Abg chik

Ramadhan Karim......ape khabar shabat2 sekalian??harapnya sihat dan ceria2 selalu...jadikanlah ramadhan kali ini sebagai bulan utk kita update doa top up amalan and pahala kita supaya dapatlah redeem pahala banyak2.Dan ape yang paling penting kita jadikanlah bulan yg mulia ini sebagai madrasah utk mentarbiah jiwa kita.Ana mengharapkan apabila kita semua keluar sahaja dari madrasah ramadhan ini kita semua akan menghasilkan satu natijah "taqwa" dalam diri kita.Sebagaimana yg kita ketahui bahawa darjat yg paling tinggi disisi Allah s.w.t.adalah taqwa.

Di sini ana ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian mengenai sekeping surat yg telah dikirimkan dr seorang ayah kepada anaknya.Ana yakin semua ayah di dunia nie meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap anak-anaknya,tambah2 lagi kita yang mengaji agama nie..ke macam mana sahabat2??walaupun surat ini ringkas tetapi ana mengharapkan kita semua musahabah balik diri kita....apakah kita menjadi seorang anak sepertimana yang diinginkan oleh keluarga kita????sama2 kita renung and sama2 kita fikirkan......



SEKEPING SURAT DARI AYAH

Assalamualaikum w.b.t.

Kehadapan abang yang diingati lagi dirindui, semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Ayah, mak serta keluarga disini alhamdullilah semuanya sihat walafiat. Bagaimana dengan pengajian abang sekarang?harap-harapnya abang dapat ikutinya dengan baik.

Ayah,mak serta keluarga sentiasa mendoakan kejayaan abang dan rakan-rakan disana. Belajarlah rajin-rajin dan ingatlah bukan hanya sekeping ijazah yang dicita-citakan, tetapi apa yang penting ialah mendapatkan ilmu seberapa yang boleh diperantauan dan bukan sahaja mendapat ilmu tetapi yang lebih penting adalah bertakwa kepada Allah dan tidak menjual ilmu kerana habuan dunia semata-mata.

Jadilah seorang alim yang berilmu,bertakwa kepada Allah,beriman dengan sebenarnya dalam erti kata(jadialah diri kamu seorang Islam dan beriman sepenuhnya kepada Allah dan rasulnya)

Akhir kata jagalah diri abang baik-baik di tempat orang, belajarlah bersungguh-sungguh. Kami menunggu kepulangan abang nanti dengan harapan yang tinggi sebagai seorang anak yang soleh,amin….

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Ayahmu





BERBUKA DI RUMAH PAK LAH

Saturday 13 September 2008



By : Ayah ngah

Salam Ramadhan Karim…

Begitu pantas masa berlalu, sedar atau tidak kita telahpun berada pada malam ke 13 Ramdhan..bagaimana keadaan sahabat-sahabat sekalian? Masihkah dapat meneruskan puasa dibumi anbia’ ini. Masakan tidak,bumi yang penuh berkah ini telah memberikan seribu erti untuk kita semua. Begitulah dengn diri ini..secara peribadi dapat saya nyatakan bahawa suasana berpuasa di bumi anbia’ ini cukup terasa panggilannya. Lebih-lebih lagi waktu berbuka. Rata-rata masjid di hayyu sabi’,hayyu thamin, hayyu asyir dan banyak lagi tempat disini telah mengadakan maidah ar-rahman bagi menjamu orang yang berpuasa.

Pada bulan puasa ini, orang kaya begitu bermurah hati menjamu dan memberi makan kepada sesiapa sahaja yang singgah di masjid tersebut. Makanan yang dijamu pun boleh kira sedapnya.. yang paling saya gemari sekali tentunya salatoh n firakh..fuh!! meleleh air liur ni bila sebut pasal makanan ni…apa la nak jadi ye he2…apa yang pasti kita kena faham falsafah ini iaitu makan untuk hidup bukannya hidup untuk makan…masyi. Inilah rutin harian kami sejak bermula puasa, Kalau tidak ke masjid Musa, ke masjid Bukhari dan kadang-kadang ke masjid Ridhuan. Jarang benor berbuka dirumah maklum saje le orang bujang katakan...

Hari ini rezeki kitaorang cukup murah..Kami telah dijemput untuk berbuka puasa oleh pak lah dan ahli rumah sekeluarga..rumahnya agak jauh di pergunungan bukhari. Walau bagaimanapun kami tetap melangkah pergi. Bukan mudah untuk berbuka dengan orang besar ni he2. Kesempatan inilah yang kami ambil disamping untuk merasa masakan melayu. Asyik duk buka masakan arab je boring jugak kan?? So gunung pun gunung la janji dapat merasa.

Sampai sahaja di rumah mereka, kami telah disambut baik dan dilayan bagaikan tetamu istimewa. Saya pula terus ke dapur kerana terbau sesuatu yang menggoda keimanan puasa. Rupa-rupanya chef somad dan hasbi sedang memasak didapur. “apa menu hari ni mad?”Tanya saya ingin memastikan juadah berbuka. “Takde ape us ji, qawwari ngan ikan buthi masak pedas je” balas somad selamba. “fuh! sedap tu, ana memang suka tu tambah-tambah ustaz mad yang masak, memang power la” puji saya sambil mengankat ibu jari.. kami sama-sama ketawa

Rupa-rupanya bukan ahli bait kami sahaja yang dipadah,ramai lagi sahabat-sahabt lain yang turut sama dalam majlis ini. Ini termasuklah ust rosdi (exco baru zagzig),ust zahid,ust basit, ust hafiz dan ramai lagi. Yang sedihnya ust faizal tak dapat nk balik bersama-sama dengan kitaorang hu3. Ringkas cerita, sebelum berbuka kami telah dihidangkan dengan sedikit tazkirah daripada BP PMRAM ust hanapi..hampir kesemua tazkirahnya dilontarkan dalam bahasa arab. Kami hanya mengangguk tanda faham walaupun kadang-kadang ada perkataan yang tidak difahami : )

Masanya telah tiba,Jam 6.05 malam kami semua beriftor secara berjemaah dan memulainya dengan buah tamar,kuih-muih yang disumbangkan oleh abang syah po’kde dan terus menjamah nasi. Iftor pada malam ini menampakkan semua yang hadir berselera, buktinya nasi yang semakin berkurangan dalam periuk. Ala kulli hal semuanya menampakkan kepuasan dan kekenyangan. Terima kasih tuan rumah semoga Allah melipat gandakan pahala mu dibulan puasa ini.Setakat ini dulu kisah kami sekeluarga..doakan kami semua bahagia sentiasa.


12 Ramadhan -11.45 malam

sedang khusyuk mendengar tazkirah dari BP napi

eh!macam ahli bait kami je tu..bagus betul dia xkira dimana
sentiasa memberikan khidmat..itulah dia us wan

bergambar kenangan selepas kekenyangan...
yang pakai baju oren tu la tukang masak berbuka kami