Ahli Bait Crystal Mengutuk Tindakan Israel

Tuesday 30 December 2008

by: ahli bait

Sambutan tahun baru maal hijrah bagi penduduk gaza bagaikan disambut dengan cahaya gemercipan bunga api tahun baru masihi yang diraikan setiap tahun oleh seluruh dunia. Israel begitu rakus membunuh penduduk palestin tanpa menghiraukan tangisan dan laungan penduduk Islam yang berada disana. Serangan yang dilakukan ini disifatkan sebagai serangan yang ingin membunuh dan menghilangkan terus penduduk Islam di muka bumi palestin. Penduduk palestin yang merupakan saudara seagama dengan kita, seakidah dengan kita telah dibunuh dengan kejam tanpa menghiraukan belas kasihan. Inilah jenayah yang paling besar atas muka bumi ini dan ianya patut menerima bala yang besardari Allah s.w.t.



Oleh sebab itu, Ahli bait kami setegas-tegasnya mengutuk tindakan ganas Israel ke atas wilayah Gaza yang masih lagi tidak dihentikan tersebut dan kami semua memohon kepada Allah agar menurunkan bala yang besar menimpa golongan kuffar tersebut. Dengan itu juga, kami ingin mengajak sahabat/biah sekalian agar menyahut seruan dari pihak PMRAM untuk mengadakan kempen seperti berikut :

1) Semua mahasiswa-mahasiswi digalakkan mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza mulai (Ahad, 28/12/08) sehingga hari (Sabtu 04/01/2009) melalui televisyen(berita), suratkhabar harian, web-web berita menerusi internet dan apa jua perantaraan yang boleh dicapai bagi mengikuti perkembangan ini dari semasa ke semasa. Sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

2) semua mahasiswa-mahasiswi digalakkan mengadakan solat hajat serta qunut nazilah secara berterusan dari hari ke hari (sama ada secara berjemaah atau bersendirian) . Galakkan ini bermula (Ahad, 28/12/08) sehingga akhir peperiksaan fasa pertama.

3) Bergelap selama 15 minit pada hari Sabtu akan datang, 04/01/2009(Sabtu malam Ahad) bermula jam 7.30 malam waktu Mesir.

mudah-mudahan segala kempen yang dijalankan ini dapat melahirkan rasa simpati dalam diri setiap mahasiswa setersunya membankitkan rasa cintakan ummat Islam yang berada di gaza dan seluruh dunia amnya.

Kenali Mesir ...

Saturday 27 December 2008

By :al-jihadi

siri 1

Mesir atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya ardhul kinanah merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai khazanah dan menyimpan 1001 rahsia. Mesir yang turut mendapat perhatian ramai dengan jolokan nama Bumi Anbia dan bumi Firaun Ia merupakan medan pertembungan obor Islam dan tembok keagungan Firaun. Pelajar-pelajar yang menyambung pengajian mereka di university Al-Azhar ini selalu diingatkan bahwa bilamana berada di bumi mesir ini ianya mempunyai dua pilihan, iaitu samaada ingin mengikut jejak langkah Nabi Musa atau Firaun. Oleh sebab itu, maka tidak hairanlah sekiranya ada dikalangan mahasiswa Al-Azhar yang rosak binasa. Walau bagaimanapun, usaha para ulama’ yang tidak mengenal erti penat lelah ini menyebabkan bumi Mesir ini masih lagi gah dimata dunia.

Suka kiranya penulis membawa kalian semua untuk menyelami sendiri hakikat bagaimana keadaan suasana yang terdapat di bumi Mesir ini sebagai suatu pengalaman yang indah. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi seribu menara ini, tiada gambaran yang dapat diungkap kan melainkan melihat bumi Mesir ini suatu tempat yang kotor, berdebu, berserabut dan tidak teratur. Bangunan-bangunannya pula kelihatan seperti kotak-kotak raksaksa yang tiada warna dan seninya. Boleh jadi itulah pandangan pertama mata yang melihatnya pada suatu sudut meskipun belum tentu ianya suatu situasi yang benar. Pesanan orang lama “duduklah untuk sejenak waktu, nescaya kamu akan merasa manisnya asam garam hidup disini”.

Sekalian lama bertamu disini, apa yang penulis amat bangga dengan bumi mesir ini ialah suasana yang lebih islamik jika dibandingkan dengan bumi Malaysia. berpaksikan 94% penduduk yang beragama Islam, maka tidak hairanlah sejauh manapun anda melangkah nescaya akan menjumpai masjid dikiri dan kanan jalan. Kebanyakan masjid yang didirikan adalah tempat untuk melakukan solat jumaat walaupun pada ghalibnya ia dinamakan surau di tempat kita. Azan yang berkemundang disetiap corong pembesar suara pula bagaikan paluan gendang perang yang bertabuh pada zaman dahulu. Semangat solat berjemaah dalam masyarakatnya jua perlu dicontohi apabila setiap masjid yang didirikan itu sentiasa dipenuhi mengikut waktu-waktu solat yang ditentukan.

Suasana islamik ini semakin menerjah jiwa apabila kedengaran alunan bacaan ayat suci al-Quran yang boleh didengari dimana-mana sahaja anda berada bermula dari mall, super market, kedai-kedai runcit apatah lagi dalam kenderaan awam. Itulah suasana islamik yang cukup segar dalam jiwa bangsa arab yang menyebabkan rata-rata dikalangan mereka adalah golongan huffaz dan memahami ayat Al-Quran itu sendiri. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mendengar muzik arab yang membingitkan telinga, maka ternyata disana ada majlis perkahwinan yang sedang berlangsung. Justeru, janganlah terus berburuk sangka dan anggaplah itu sebagai suasana warna warni dalam kehidupan sebagai mana yang terdapat di negara kita Malaysia.

Panorama islamik ini dindahkan lagi dengan terpaparnya tulisan-tulisan ayat al-Quran, hadis zikir dan kata-kata hukama’ samaada diukir didinding bangunan atau ditampal melalui stiker-stiker. Kata-kata seperti la tansa bizikrullah (jangan lupa mengigati Allah) akan membuatkan kita berasa tenang dan aman apabila melalui deretan bangunan lebih-lebih lagi apabila tersesat dijalanan. Inilah hasil dari pengaruh ulama’ yang masih kekal di bumi anbia’ ini.

Mungkin kalian ingin mengetahui berkaitan keadaan sosial, budaya dan gambaran berkaitan dengan kehidupan di Mesir dengan lebih lanjut lagi. Justeru, ikutilah sambungan artikel ini yang seterusnya bagi sesiapa yang ingin merasai dan menghayati hidup dibumi anbia’ ini khususnya bagi mereka yang tidak kesempatan untuk bertandang ke sini.

Salam imtihan dan salam mahabbah buat semua sahabat/biah




Suatu Kenangan...

Monday 22 December 2008

by: ayah ngah

Entah kenapa tetiba teringat pada sahabat yang berada di muhafazah. Ke ada yang duk sebut2 nama ni hu2..mungkin kerana hati kita diikat dengan hubungan ukhuwwah Islamiah yang begitu kukuh. Walaupun berjauhan tetap merasai ianya dekat dihati, fuh! Cam ayat jiwang plak he2..Apapun persahabatan itu sungguh indah jika diuntai dengan ikatan yang sebenar dan saling mengigati antara satu sama lain. Itulah erti sebuah persahabatan yang sebenar.

Dua minggu telah berlalu, masih lagi teringat majlis hari raya yang diadakan dirumah kalian, sungguh manis kenangan tersebut,. Rasanya masih belum terlambat untuk menceritakan kisah perjalanan kami ini agar sahabat2 dapat merasai betapa manisnya hubungan persahabatan kita ini.

Kisahnya bermula pada hari raya haji yang lepas apabila para sahabat yang sentiasa bertandang kerumah tidak dapat datang dan menyambut hari raya bersama kami yang berada di kaherah. Selidik punya selidik rupanya mereka ada buat majlis qurban, patut la tak mau datang ke kaherah. Seekor kambing telah menjadi sebagai korban ahli bait mereka. Kira majlis besar juga la ye sampai seekor kambing tu… Ala kullihalnya kami turut dijemput bertandang ke rumah mereka yang terletak di kawasan thaniah,syiberbay.

Mungkin ada hikmah disana yang Allah telah tentukan yang menyebabkan kami pula turun beraya ke rumah mereka. Kesempatan ini digunakan apabila mendengar bekas pensyarah bahas arab kami (ust mahmood satar) pulang bercuti ke kampungnya yang kebetulan berhampiran dengan rumah sahabat kami. Inilah perangcangan Allah yang tidak kita ketahui..segala perangcangan telah disusun dan kami berpakat untuk turun dari rumah pada jam 3.00 ptg iaitu setelah usai solat asar.

Perjalanan ke Tanta mengambil masa lebih kurang 2 jam . bertolak pada jam 3.30 petang dan terus ke mahattah untuk Menaiki sebuah van yang dinamakan tramco untuk ke Ramsis. Ramsis adalah sebuah pusat@tempat berkumpul bagi mereka yang ingin ke muhafazah-muhafazah (negeri-negeri) melalui Kaherah. Tidak susah mencari kenderaan untuk ke destinasi kerana kita akan mendengar laungan dan panggilan bagi memenuhi kenderaan mereka. Sesekali mendengar keriuhan tersebut membingitkan telinga, namun ianya seumpama suatu pesta yang amat meriah dan menunjukkan bandar tersebut sentiasa hidup…

Perjalanan diteruskan ke Tanta dgn tambang yang berharga Le7. Pemandangan sekitar perjalanan amat menarik sekali, amat berbeza dengan Bandar Kaherah yang sememangnya penuh dengan keadaan sesak serta bangunan yang tinggi2. Berpaksikan kelajuan 120,130 KM/J, perjalanan dirasakan cukup pantas apatah lagi ditambah dengan keadaan tidur2 ayam yang kadang-kadang terkejut dek brekan si driver.

Jam 5.30 ptg sampai jua kami dirumah mereka dan kami telah disambut dengan penuh mesra. Kelihatan masing-masing sedang sibuk menyiapkn bahan2 untuk memasak pada keesokan hari. Kira mudahnya semua melaksanakan kerja masing-masing la. Muka-muka kelihatan ceria dan ada juga yang menagis sedih dek kerana penangan si bawang hu2. Dah jumpa sahabat-sahabat tu macam2 la cerita keluar ditambah dengan lawak dari baba wan sampai tak sedar jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Ada setengahnya sudah pun syahid menyimpan tenaga bagi melaksanakan kerja keesokan hari. Tidak kurang yang menonton bola dan bermain bola…macam2 hal bila dh berkumpul gak,,,aku mengambil keputusan untuk tidur sahaja kerana mata sudah tidak dapat menaggung keberatananya hu2 (ayat nuah tu)

Keesokan pagi, setelah usai solat subuh berjemaah, program gotong royong disambung semula. Menu pada hari tersebut adalah kambing masak kurma, daging masak kari dan acar timun pok teh (mie husin) he2. Jamuan diadakan setelah solat zohor dan ramai juga undangan yang datang menjamu selera. Kami ni kira datang membantu sambil makan sikit2 je sbb ada temu janji bersama dengan bekas pensyarah. So kena kosongkan perut la sbb dah dipesan agar makan tgh hari dirumah beliau. Orang arab ni bila dh menjamu tetamu ni memang dia jamu sengoti (secara bersungguh).

Tidak susah mencari rumah beliau kerana ada diantara kami yang telah mengetahuinya. Perjalanan memakan masa 20 minit dan akhirnya kami sampai jua ke rumah beliau. Bertemu,berpelukan dan merasa begitu gembira kerana itulah kali pertama bertemu setelah hampir setahun berpisah. Sebelum menjamu selera kami menggunakan masa untuk bertanya kabar tentang Malaysia dan keadaan tempat kami pernah belajar suatu ketika dahulu. perbualan ditamatkan setelah melihat makanan telah dihidangkan. Masing-masing makan dengan berselera sekali sambil diselit ketawa kecil.

Hampir 2 jam kami berada dirumah beliau kami mengambil keputusan untuk pulang. Terasa berat untuk mengangkat punggung kerana kekenyangan. Sebelum pulang kami sempat lagi bergambar kenang-kenangan dan saling berpelukan. Kemudian terus pulang bermalam dirumah sahabat. Perjalan terasa begitu pantas dan pada keesokan paginya kami terus berangkat pulang ke kaherah dengan penuh kegembiraan. Apa yang pasti hasrat kami bertemu dengan sahabat-sahabat terlaksana jua…semoga hubungan persahabatan kita dirahmti Allah dan terus berkekalan hingga ke akhir hayat…siru ala barakatillah



Muslimah Memang Tak Guna....

Saturday 20 December 2008

By: super gym

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda
bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan ye.....


1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.


2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang tak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.


3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi s.a.w. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam memakai wangian tersebut.


4. Perempuan yang kuat pegangan Islamnya memang tak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


5. Perempuan muslimah tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?

Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.


6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat Islam memang tak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul s.a.w seperti yang diperintah oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.


7. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?


8. Perempuan Islam tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.


kesimpulannya... Jadilah perempuan Islam & muslimah yang tidak guna perkara-perkara yang disebut diatas agar para muslimah sekalian BERGUNA INSYALLAH.

Suasana raya di Mesir

Saturday 13 December 2008

By : abg chik

Sungguh meriah berhari raya walaupun menyambutnya di negara orang. Raya haji kali ini merupakan hari raya haji yang kedua kalinya disambut setelah sekian lama bertamu di bumi Mesir ini. Justeru ingin sekali berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian kemeriahan suasana yang berlaku di sini. bak kata orang “Jauh perjalanan luas pemandangan”..

malam perutusan aidilfitri anak2 kelantan bersama YDP ust Nor Halif Mohd Nor


10 & 11 zulhijjah 1429 H
8 & 9 Disember 2008




bersolat hari raya di masjid Musa bersama PMRAM dan mendengar khutbah dari presiden PMRAM sendiri...mantap, bukan baca khutbah tu tp berkhutbah...

selesai solat terus ke rumah kelantan membantu apa yang perlu...5 ekor unta tahun ni sbb tu kena pakat mai tolong..orang kita memang rajin2 blako


bersama geng2 kelantan medik yg datang beraya ke rumah kami bait crystal ..ukhuwwah selamanya...

turut hadir ke teratak KPKM tetamu jemputan dato duta malaysia kaherah, pegawai JPMK dan ramai lagi... sungguh meriah

bersama membantu untuk merapatkan ukhuwwah..semogo terus utuh n kukuh selalu...bukan bersikap asobiah tp itulah rakyat kelantan...

Salam Ukhuwwah Selamanya Buat Semua Teman2

Salam Aidil Adha

Saturday 6 December 2008

Qurban Tunjang Ketaqwaan

Tuesday 2 December 2008

by : ayah ngah

Kedatangan Aidiladha semakin terasa, sedar tidak sedar lagi 5 hari kita akan menyambutnya bersama seluruh ummat Islam yang berada diserata dunia ini. Aidiladha atau dikenali juga hari raya haji ini merupakan perayaan agong ummat Islam yang kedua iaitu selepas Aidilfitri yang telah kita semua lalui 2 bulan yang lepas. Sebagai mana yang kita sedia maklum, dua hari raya ini merupakan hari perayaan ummat Islam yang telah diiktirafkan oleh Nabi kita sendiri melalui satu hadis yang bermaksud :


Dari Anas bin Malik, Nabi s.a.w. telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr.” (H.R Abu Daud dan al-Nasa’i dengan sanad yang sahih).

Aidiladha yang akan kita semua sambut pada 8 hb Disember 2008 ini merupakan perayaan yang penuh dengan keagungan dan sejarahnya yang tersendiri. Kebisaannya bila tiba sahaja Aidiladha ini, maka banyaklah binatang ternakan yang akan diqurbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah qurban yang dilakukan ini adalah sebagai mengigati kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.


Pengorbanan memerlukan suatu sifat keikhlasan yang sebenar kepada Allah


Oh.. sungguh agung pengorbananmu wahai Nabi Allah Ibrahim a.s. Anakmu dijadikan cagaran demi melaksanakan tuntutan dari yang Maha agong bagi membuktikan pengabdian dirimu adalah ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Justeru, keikhlasan inilah telah Allah s.w.t tukarkan dengan seekor kibas yang amat besar. Kisah ini telah dinyatkan di dalam al-Quran melalui surah al-Saaffat 37: 107


“ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”.


Oleh yang demikin, peristiwa inilah yang menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik. Apa yang pasti, pensyariatan qurban ini secara jelasnya ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t tanpa apa - apa keraguan.

Justeru itu, perlu diingatkan kepada semua yang beragama Islam yang ingin melakukan ibadah qurban nanti jaganlah melaksanakan ibadah tersebut dengan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi hayatilah perlaksanaan tersebut dengan konsep qurban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s.


Marilah sama-sama kita berqurban bersama Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM)