Qurban Tunjang Ketaqwaan

Tuesday, 2 December 2008

by : ayah ngah

Kedatangan Aidiladha semakin terasa, sedar tidak sedar lagi 5 hari kita akan menyambutnya bersama seluruh ummat Islam yang berada diserata dunia ini. Aidiladha atau dikenali juga hari raya haji ini merupakan perayaan agong ummat Islam yang kedua iaitu selepas Aidilfitri yang telah kita semua lalui 2 bulan yang lepas. Sebagai mana yang kita sedia maklum, dua hari raya ini merupakan hari perayaan ummat Islam yang telah diiktirafkan oleh Nabi kita sendiri melalui satu hadis yang bermaksud :


Dari Anas bin Malik, Nabi s.a.w. telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr.” (H.R Abu Daud dan al-Nasa’i dengan sanad yang sahih).

Aidiladha yang akan kita semua sambut pada 8 hb Disember 2008 ini merupakan perayaan yang penuh dengan keagungan dan sejarahnya yang tersendiri. Kebisaannya bila tiba sahaja Aidiladha ini, maka banyaklah binatang ternakan yang akan diqurbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah qurban yang dilakukan ini adalah sebagai mengigati kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.


Pengorbanan memerlukan suatu sifat keikhlasan yang sebenar kepada Allah


Oh.. sungguh agung pengorbananmu wahai Nabi Allah Ibrahim a.s. Anakmu dijadikan cagaran demi melaksanakan tuntutan dari yang Maha agong bagi membuktikan pengabdian dirimu adalah ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Justeru, keikhlasan inilah telah Allah s.w.t tukarkan dengan seekor kibas yang amat besar. Kisah ini telah dinyatkan di dalam al-Quran melalui surah al-Saaffat 37: 107


“ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”.


Oleh yang demikin, peristiwa inilah yang menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik. Apa yang pasti, pensyariatan qurban ini secara jelasnya ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t tanpa apa - apa keraguan.

Justeru itu, perlu diingatkan kepada semua yang beragama Islam yang ingin melakukan ibadah qurban nanti jaganlah melaksanakan ibadah tersebut dengan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi hayatilah perlaksanaan tersebut dengan konsep qurban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s.


Marilah sama-sama kita berqurban bersama Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM)




1 Comment:

Aku anak md salleh said...

Salam... Cantik la iklan bkan kelantan buat tu... Nanti letak la iklan aidiladh wilayah same yea... bulih2??