Surat Cinta Kekasih Hati

Sunday 15 February 2009

By: Super gym

Assalamualaikum w.b.t

Sahabat-sahabat yang dikasihi..

Apa kata kali ni kita bincang2 sikit pasal surat cinta?? Huhu..mcm jiwang jer entry ni..hehehe..anyway, xpe, yang penting bahagia..eh, apa ek perasaan anda apabila menerima surat cinta dari orang yang teristimewa??(email, sms pun surat kan? surat elektronik)

"uih, best siot!!"
"bahagia duh hati aku.."
"mesti la masyuk giler!!"
"bukan senang oo nak dapat..hidup aku makin ceria!!hehe.."


adakah ini surat cinta yang dimaksudkan?



Hmmm..mungkin itu diantara jawapan2 yg mungkin kita akan dengar apabila soalan di atas diajukan kepada sesiapa yg pernah menerima atau mengalaminya..(termasuk ana sendiri..hehe..)

Agaknya, dimana anda menyimpan surat cinta itu??

"Wah, aku simpan dalam fail khas..siap hias2 dgn bunge lagi.."
"Aku simpan dalam laci study aku..nak tiupkan semangat time study!!"
"Aku simpan je dalam inbox email aku..xkan nye aku delete.."

Haa..jawapannya pasti special..maklumlah, orang special yang kasi..

"Weh, kalau aku baca kan, surely hati aku tersentuh..uh, unexplainable...hanya org yg pernah mengalaminya boleh explain..serius dah!!"

Huhu..kalau ikutkan pengalaman sendiri pun, hati ini mudah tersentuh apabila membaca surat cinta manusia..kadangkala ia mengkhayalkan dan kadangkala ia memberikan semangat..tetapi, apa yang pasti, perasaan itu bukannya lahir dari mata hati tetapi ia lahir dari mata NAFSU!

Ok, soalan seterusnya..kerap tak anda membaca surat cinta yang anda terima itu??

"Kerap dong!!"
"Kalau teringat kt dia, pasti suratnya aku baca.."

Wah wah wah..bukan main lagi..hehehe..

Baik...sahabat-sahabat yang disayangi...

Jika anda memiliki sebuah kereta BMW 7 series, siapakah yang paling menyayangi atau menyintai kereta itu?? Ayah anda? Ibu anda? Adik anda? Atau diri anda sendiri selaku pemiliknya? Ermmm..rasenye orang yang normal pasti akan mengatakan bahawa si pemiliklah yang paling mencintai sesuatu yang dimilikinya...Jadi, siapakah yang paling mencintai anda selaku seorang manusia di atas muka bumi ini?? Pastilah pemilik manusia iaitu Allah s.w.t...kan?? Adakah anda sedar bahawa Allah s.w.t. menurunkan Al-Quran untuk manusia sebagai surat cintaNya kepada kita??

Yang mana satu lebih agung, lebih hebat?? Surat cinta dari cewek, pacar, awek, balak atau surat cinta dari Maha Agung?????

Sahabat-sahabat...sayangnya Allah kepada kita selaku hambaNya..Allah berikan kita surat cintaNya sebagai petunjuk..sumber kebahagiaan..panduan..ke arah kejayaan dunia dan akhirat..ke arah menggapai dan menikmati syurgaNya yang tak terhingga hebatnya, yg tak terbayang di mata dan kepala...namun, selama ini, kebanyakan daripada kita (termasuk diri sendiri..:) )lebih mengutamakan surat cinta dari manusia dan sering mengabaikan surat cinta dari Allah..benar kan??

Seringkali kita merasa berat hati untuk menatapnya..inikan pula untuk membaca dan menghayatinya..lihat di rumah2 kita, banyak Al-Quran yg berhabuk, terbiar kerana sudah lama tidak disentuh..mungkin ada yang mengatakan bahawa terlalu banyak Al-Quran di rumah, tetapi mengapa anda tidak membersihkannya daripada habuk?? Mengapa??? Bukankah ia boleh di wakafkan kepada orang-orang miskin atau masjid-masjid??

Sahabatku,
Sudah berapa lama kita mengabaikan surat cinta Allah?? Sudah berapa lama kita tidak membacanya dengan sepenuh hati?? Bayangkan, jika nyawa kita ditarik ketika selama ini kita mengabaikan surat cinta Allah dan mengutamakan surat cinta manusia, ketika kita lebih suka membaca komik, majalah hiburan berbanding surat cinta Allah?? Apa salah Allah kepadamu?? Allah menurunkan Al-Quran supaya kamu hidup bahagia tetapi mengapa kamu mengabaikannya??

Jika anda mengatakan bahawa jiwa anda tersentuh apabila membaca surat cinta dari orang tersayang, sudah berapa lama jiwa anda tidak bergetar tatkala mendengar nama Allah dan ayat-ayatNya??? Sudah berapa lama??? Lemahnya iman kita kan....

"Sesungguhnya orang2 yang beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah maka bergetarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal."
- Surah Al-Anfaal ( ayat : 2 )

Sahabat-sahabatku sekalian..

Marilah kita bersama2 meminta ampun daripada Allah kerana kita sering mengabaikan surat cintaNya..kerana kita kerapkali lalai.."Ya Allah, ampunilah dosa2 kami..kerana kami lebih mengutamakan surat cinta manusia daripada surat cintaMu..Ya Allah, Ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami..berikanlah cahayaMu..terangilah jiwa kami dengan cahayaMu..begitu banyak jalan ke arah syurgaMu yang Kamu tuliskan di dalam surat cintaMu tetapi kami sering melupainya dan menganggapnya tidak penting bagi kehidupan kami..Ya Fattah, bukakanlah mata hati kami! Ya Tuhan yang Maha Pengampun, ampunilah dosa2 kami.

Sahabatku,

Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri..dari semasa ke semasa..sedikit demi sedikit..jangan biarkan kesalahan lalu diulangi oleh generasi kita akan datang.."Ke arah melahirkan generasi Al-Quran yang mencintai dan dicintai Allah". Amin..


Imtihan, Musim Sejuk & Pengorbanan

Thursday 5 February 2009

By: ayah ngah

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan,akhirnya tamat jua imtihan fasa 1 ini. Inilah situasi imtihan di universiti al-azhar, tiada bantuan markah kertas kerja, tiada markah kehadiran kelas dan tiada markah keaktifan . Semuanya bergantung kepada keputusan peperiksaan. Oleh sebab itulah kebanyakan dari kami ada yang berasa tertekan dek kerana perlu mengkhatamkan kitab yang hampir setiap satu madah setebal 1-2 inci. Ini semua memerlukan kemahiran membaca, memahami dan mengambil isi-isi penting setiap perbincangan. Oleh sebab itu, sesiapa yang ingin betul-betul mendalami permasalahan, perbincangan dalam sesuatu kitab tersebut, maka ianya tidak dapat tidak perlu mengkhatamkan sekurang-kurangnya 2-3 kali (dari kulit ke kulit). Walau bagaimanapun ianya terserah kepada kekuasaan Allah s.w .t jua. ada yang sekali baca dh boleh jawab,ada yang 3,4 kali baca tetap tidak dapat jawab. itulah kekuasaan Allah. Namun, Allah tidak pernah

menzalimi hambanya. Setiap mereka yang berusaha akan mendapat apa yang mereka usahakan.


segala ujian perlu dihadapi dengan tenang untuk mengelak sebarang tekanan

Kebiasaannya kami yang berada dibumi Mesir ini melihat bulan Januari merupakan bulan imtihan yang cukup besar buat kami smua. Kami terpaksa menghadapi dua imtihan iaitu menghadapi ujian musim syita’ (musim sejuk) dan juga menghadapi imtihan pengajian. Kedua-dua ujian ini perlu dihadapi dengan kebijaksanaan setiap pelajar itu sendiri.Kebiasaannya untuk berdepan dengan kesejukan ini ramai yang tewas, termasuklah diri ini. Mana tidaknya, bila nk study terasa sejuk, bila sejuk kena la masuk dalam selimut tebal. Bila dah ada dalam selimut tu.. faham-faham je la, baca dua tiga kerat mula la terasa mengantuk. Last-last bukan kita yang baca buku tp buku yang baca kita. Hu2..Ujian2

Cerita bab sejuk ni, Tuhan saja yang tahu betapa teguhnya diri kami menghadapinya. Kesejukan yang hadir menusuk ke tulang sum-sum. Mandi pn tak berapa nk basah he2.. setiap kali menyentuh air perlu dikeringkan dengan teliti kerana bimbang udaranya yang bersifat tajam menusuk kekulit. Rata-rata di musim sejuk ini menggunakan khidmat saqonah (pemanas air) untuk menghilangkan rasa sejuk. Malangnya rumah kami tidak dapat disediakan saqonah kerana masalah perpaipan. Walau bagaimana pun ini tidak bermakna kami tidak mandi hu2. Mandi tetap mandi namun, segala urusan terpaksa dilakukan secara tradisonal. Setiap kali nak mandi perlu merebus air dalam periuk besar. Malas merebus air Kadang-kadang mandi begitu je. Tp untuk menghilangkan kesejukan, sebelum mandi tu kena bertempik la dulu. sape la tu ye he2..

Alhamdulillah segalanya telah berakhir, kesejukan pun mula mengendur. Namun semuanya bersifat sementara. Berakhirarnya peperiksaan kali ini bukan bermakna berakhir buat selama-lamanya. Berakhirnya musim sejuk juga bukan bermakna tidak akan datang musim sejuk kembali. Apa yang pasti itulah lumrah alam yang penuh dengan percaturan dari suatu kuasa yang amat besar dan bijaksana. Oleh sebab itu,marilah sama-sama kita mensyukuri setiap apa yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita agar kita sentiasa tergolong dalam orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Salam percutian buat semua…


Jom Kita Muhasabah Diri……

Tuesday 3 February 2009

By:abg chik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut- ikut dengan budaya hidup orang lain.

Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

Ketika menghadiri majlis pemimpin Negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

Setiap manusia perlu muhasabah diri bagi meningkatkan Qualiti keimanan, ibadat,amalan & penghayatan.Ganjaran berlipat ganda & bersesuaian bagi setiap orang yang sentiasa bermuhasabah diri di sepanjang kehidupan.


Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.