Monday, 17 November 2008
by : ayah ngah
Cuti yang begitu lama menjadikan sebahagian dari kita begitu asyik dengan pelbagai aktiviti harian tanpa menyedari kuliah telahpun bermula selama sebulan yang lalu. Artikel ini bukanlah ingin menyentuh mana-mana insan tertentu cuma sekadar ingin memberi peringatan kepada diri dan juga sahabat-sahabat sekalian bahawasanya kita telahpun berada dalam fatrah pengajian.
Saudaraku yang dirahmati sekalian,..
Sedar atau tidak hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi masa untuk kita belajar, menghafal, membuat nota, study group dan sebagainya. Adakah kita telah bersedia? Atau adakah kita masih dibuai mimpi yang enak disaluti selimut tebal? Cubalah Tanya pada diri masing-masing, dimanakah situasi anda berada sekarang? Saya tinggalkan persoalan tersebut untuk sama-sama kita menjawabnya.
Cabaran, dugaan, mehnah, tribulasi telah cuba melanda kita semua khususnya azhari dan azhariah. Kehadiran musim sejuk pula menambahkan lagi ujian yang telah tersedia ada. Waktu malam yang begitu panjang menjadikan ianya kredit tambahan terhadap cabaran tersebut. Jadi, jelaslah disini bahawa cabaran yang mendatang ini merupakan cabaran yang begitu berat bagi sesetengah dari kita yang bergelar Tullabu al- ilm. Hanya mereka yang benar-benar mujahadah sahaja dapat melepasi segala ujian ini…fikir-fikirkan lah
Saudarku yang dikasihi sekalian…
Memang tidak dinafikan, ada sesetengah dari kita yang beralasan dengan pelbagai jenis alasan. Antara alasan yang sering kita dengari ialah :
“Buat apa pergi kuliah, pergi pun tak faham juga?
***************
“Ana tak faham la Dr. syarah apa, dia cakap laju sangat..guna bahasa ammi plak tu… lebih baik study kat rumah”.
*********************
“Ala.. wat pe pegi awal-awal, nanti 2minggu nak imtihan Dr bagi muqarrar punya... so kita baca muqrrar dah la”.
****************
“Saya kalau pegi kuliah pun tidor dalam kelas juga,tersengguk-sengguk buat sakit tubuh je..baik tidur kat rumah, tentu tenang & selamat… tubuh pun tak sakit”.
************************
“Saya bukan tak nak pergi kuliah, tapi alah pada sejuk, nanti terlalu sejuk saya akan sakit..mak saya pun ada pesan supaya jaga kesihatan.”
**************************
Begitulah beberapa alasan yang telah direka agar diri terasa tidak bersalah dalam perbuatan tersebut. Apa yang boleh saya katakan hanyalah “hendak seribu daya tak nak seribu dalih”. Orang yang mahukan sesuatu yang diminatinya akan berusaha secara tekun dan keras agar apa yang dihajati itu diperolehi.
Saudara pembaca yang budiman,..
Disini saya cuba mengajak diri ini dan juga kalian sekalian agar dapat menghadirkan diri ke kuliah tanpa sebarang alasan. Banyak sudah kelebihan yang akan diperolehi, jadi, suka kiranya saya memperingati kembali apa yang akan kita semua perolehi agar dapat mengembalikan semula semangat yang semakin luntur dek kerana leka dengan beberapa perkara yang tidak berfedah.
Antara benda penting yang akan kita perolehinya ialah keberkatan dalam pelajaran. Bukan mudah untuk mendapatkannya, kerna itu ia perlu kepada pengorbanan yang sangat besar. Ramai orang yang mempelajari ilmu namun tidak ramai yang memperoleh keberkatan ilmu tersebut. Oleh sebab itu, segala ilmu yang dipelajari berlalu begitu sahaja tanpa dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian.
Selain itu, mereka yang hadir ke kuliah akan dapat mengenali perihal seseorang Dr madah tersebut. Ini merupakan point utama dalam kita hendak mengenali kemahuan seseorang Dr semasa menjawab imtihan. Ada sesetengah Dr pentingkan dalil-dalil, ada sesetengah pula syadid dalam penulisan yang memerlukan kita berhati-hati dari segi titik,huruf dan perkataan. Ada pula yang mahukan ringkasan isi sahaja tanpa syarahan. Begitulah hal yang berlaku. Yang jelasnya, setiap orang Dr tersebut berlainan kehendak dan kemahuannya. Hal inilah yang memerlukan kepada kehadiran seseorang tersebut ke kuliah agar dapat memahami dengan jelas kemahuan setiap Dr yang mengajarnya.
Begitulah kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi apabila kita melaksanakan tanggung jawab kita sebagai seorang pelajar. Mungkin banyak lagi benda yang tertinggal untuk saya lontarkan, namun begitu messages penting yang ingin saya sampaikan disini adalah marilah kita pakat-pakat pergi kuliah…Jom ke kuliah!!
0 Comments:
Post a Comment