Latihan Minda Imtihan

Monday, 12 January 2009

By : aQira

k
ebiasaannya bila mana imtihan datang mengundang, segala perasaan takut, gementar dan tertekan mula menganggu jiwa. hal ini jangan dibimbangi kerana ia menandakan kita adalah manusia normal. Walau bagaimanapun, dalam menghadapi peperiksaan ini, kita perlu jua untuk meredakan perasaan tersebut agar kita tidak tertekan dalam membuat persediaan menghadapinya. Justeru, untuk mengurangkan tekanan tersebut, saya bawakan beberapa langkah agar kita berasa tenang dan relaks.

Langkah 1
Duduk dikerusi dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, urat saraf dan pejamkan mata . (jgn tidur plak)

Langkah 2
Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang kita menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang kita membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

Langkah 3
mengigati kembali kejayaan (dalam segala hal sebelum ini ), sama ada kecil atau besar.

Caranya :
1. Pilih satu kejayaan paling bermakna kepada kita.

2. bayangkan dimana ia berlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada puji-pujian dengarkan suara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas.

3. Rasakan apa perasaan kita ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji.
Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

Langkah 4
Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

Langkah 5
Kini pejamkan mata, gambarkan kita melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan kita duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Gambarkan kini kita membelek-belek kertas soalan dan kita dapati semua apa yang kita baca keluar. Rasakan kegembiraan itu.

Gambarkan bagaimana kita menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. apa yang dihafal semua ingat . Gambarkan kejayaan kita bila melihat keputusan di dinding banguanan. wah!semuanya lulus..

Langkah 6
setelah kejayaan tergambar dan kita mula tersengih, sekali lagi cubit kedua-dua peha seperti yang telah dilakukan dalam langkah 4 tadi. Buka mata dan ulangi langkah 5 beberapa kali.

Buatlah latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya dilakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, nescaya kita dapat mengawal perasaan takut kita ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan kita melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan.

Semoga semuanya najah dalam imtihan pada kali ini. doakan kejayaan kami jua. Imtihan akan bermula pada 14.1.09 - 29.1.09 Rabbina maan najah....

0 Comments: