Jom Puasa 6

Friday, 10 October 2008

By : ayah ngah

Dalam pada kita menyambut hari raya aidilfitri, janganlah sekali-kali kita melupakan amal ibadah kepada Allah s.w.t. Tarbiah ramadhan telah banyak mengajar kita erti ubudiyyah kepada Allah s.w.t dalam melakukan tuntutan beribadah. Salah satu amal ibadah yang dituntut untuk dilakukan adalah melaksanakan amalan-amalan sunat. Berdasarkan ganjaran pahala yang cukup besar,justeru, saya ingin bertanya kepada kalian semua, sudahkah kalian melaksanakan puasa enam syawal??

Alhamdulillah, kita masih lagi berada di bulan syawal. Kesibukan menyambut syawal meriah sekali sehingga kita terlupa terhadap suatu ganjaran yang amat besar menanti iaitu melaksanakan puasa 6. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah memulan puasa 6 dan kepada sesiapa yang belum lagi start, harap dapat melaksanakannya sebelum berakhirnya bulan syawal ini.

puasa enam di bulan syawal merupakan suatu amalan sunnah yang sangat dituntut. ianya dinamakan puasa enam syawal kerana dilaksanakan selama enam hari di dalam bulan syawal. Tuntutan ini bukanlah suatu yang wajib, akan tetapi ainya merupakan suatu tuntutan sunat yang menjanjikan ganjaran pahala yang amat besar.Mana dalil tuntutan tersebut??maka dibawah ini dinyatakan dalil-dalil tersebut :-

Dalil-dalil yang menunjukkan sunnahnya puasa enam hari di bulan Syawal :

عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ (ص ) قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya :

“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (H/R Muslim (1164)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ فَشَهْرٌ بِعَشَرَةِ أَشْهُرٍ وَصِيَامُ سِتَّةِ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ فَذَلِكَ تَمَامُ السَنَةِ

Maksudnya :

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, maka puasa sebelum itu sama dengan sepuluh bulan dan dengan puasa enam hari setelah berbuaka (berhari raya), maka itu melangkapi puasa setahun”. (H/R Ahmad 5/280).




****Permasalahan sekitar puasa 6


1.Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
------------

Puasa sunat enam Syawal boleh dimulakan pada bila-bila masa sahaja pada bulan syawal kecuali pada 1 syawal. hal ini kerana hari tersebut telah diharamkan ummat Islam berpuasa padanya. Ini bermakna kita boleh memulakan puasa 6 kita paling awal pada 2 Syawal sehinggalah berakhirnya Syawal.

Abu Sa`id al-Khudri berkata: "Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.".


2. Bagaimanakah cara Puasa Sunat Enam Syawal dilaksanakan??
-----------
sememangnya persoalan ini wujud dalam pemikiran kita, adakah puasa 6 ini perlu dilaksanakan selama 6 hari berturut-turut @ secara rambang?.

Para ilmuan telah menetapkan beberapa cara dan secara mudahnya,pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Hal ini berdasarkan sabda sabda Rasulullah:


وَأَتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ (وَفِى رِوَايَةٍ) سِتًّا مِنْ شَوَّالَ.

“Dan ikutkanlah/iringkanlah dengan puasa enam hari di bulan Syawal. (Diriwayat yang lain) Enam hari di bulan Syawal”.

Hadis di atas ini menunjukkan bahawa bulan Syawal keseluruhannya waktu untuk berpuasa enam, diberi kelongaran sehingga tidak dikhususkan sebahagian waktu dengan waktu yang lain, Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.


3.Bolehkah puasa sunat diniatkan bersama puasa ganti (qodha)??

----------

masalah ini sering melanda masyrakat kita terutamanya mereka yang ingin memudah-mudahkan setiap ibadah. Sememangnya agama Islam itu mudah akan tetapi bukanlah bermakna kita boleh memudahkan dengan cara kita sendiri. Isu menggabungkan puasa wajib (qodha) dengan puasa sunat ini amat popular sekali. Perlu dinyatakan disini bahawa menggabungkan puasa sunat bersama dengan puasa wajib (qodha) adalah tidak sah. .


Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan :

"Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.


Dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud:


“ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”. [al-Baiyinah 98:05].


justeru, mana mungkin ibadah yang fardu dapat dilniatkan seiring dengan ibadah yang sunat. Saya bimbang sekiranya penggabungan antara puasa sunat dengan puasa wajib (qodha) ini akan memberi kesan kepada ibadah yang lain. Mereka ini akan memudah-mudahkan setiap ibadah dengan menggabungkan yang wajib dengan yang sunat. Sebagai contoh ; mereka akan menggabungkan niat sembahyang fardu dengan sembahyang sunat, sembahyang isya’ dengan sembahyang sunat tarawih, sembahyang jumaat dengan sembahyang tahyatul masjid dan sebagainya. Justeru, niat ada disiplinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


4.Yang mana lebih utama diantara puasa sunat syawal @ puasa ganti (qodha)?

------------

Sebagai asasnya perkara yang utama ialah melakukan ibadah wajib terlebih dahulu dan ibadah sunat dituruti kemudian. Justeru,perlulah kita ketahui bahawa amalan fardhu atau wajib itu lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu. Secara jelasnya yang fardu perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan bagi menampung amal ibadah yang wajib itu barulah dapat dilaksanakan perkara-perkara sunat.

Walau bagaimanapun, sebagai mana kita sedia maklum, puasa ganti ini tidak ditetapkan masanya dan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja. Puasa sunat syawal pula hanya dapat dilakukan pada bulan syawal sahaja. Justeru boleh dilaksanakan puasa syawal terlebih dahulu berdalilkan tindakan saidatina A’isyah r.a yang melewatkan qadha puasa ramadhan.


Oleh sebab itulah,saya menyatakan pelaksanaan ini tertakluk kepada keadaan seseorang. Sekiranya keadaan seseorang itu merasakan tubuh badanya sihat dan sempat melakukan puasa qodha maka lakukanlah puasa sunat syawal, akan tetapi, sekiranya dia merasakan dirinya tidak sempat dan bimbang bertemu ajal, maka yang lebih aula dilakukanlah puasa qodha. Perlu diberi perhatian!!, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita belum pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh yang kita inginkan atau ajal datang mengundang dahulu.

Jelasnya, seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah, malah ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali (ulasan ust. zaharuddin) .oleh hal yang demikian, kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi serta tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan ganjaran pahala yang amat besar.


Apa yang pasti bergantunglah kepada diri seseorang itu samaada dia merasakan dirinya sempat ataupun tidak. Yang pasti hutang Allah tetap wajib dibayar.

Kad Raya dari Abah

Wednesday, 8 October 2008

by : alkhattab @ Awan

Sedang asyik menyambut hari raya di bumi Mesir,tidak kusangka hadir sepucuk kad raya yang dikirim dari Malaysia. Ku buka dan ku baca Kad tersebut, rupa-rupanya dari ayah dan keluarga tercinta. kad yang begitu ringkas namun mempunyai isi yang amat bermakna bagi diriku sebagai seorang anak yang berada di perantauan ini. Ingin sekali aku berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian agar kita sama-sama dapat menyelami perasaan dan harapan bagi insan yang bergelar seorang ayah.



Terjemahannya :

Daripada Ayahandaku Khalid b. Abdul Rahman ;

Assalamualikum w.b.t
"Wahai anakku, Awan! , kamu hendaklah bersungguh-sungguh dan terus berusaha dengan segala kesungguhan dan kekuatan untuk menggapai kejayaan dan kemenangan yang sebenar. Dan sekiranya kamu telah mencapai kejayaan (di Universiti Al-Azhar), pilihlah mana-mana universiti yang kamu ingini untuk menimba ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah, dengan izinNya abah masih mampu untuk menampung pembiayaan pengajianmu kelak.


Abah doakan kamu berjaya
"Selamat Hari Raya"

dari Abah & Mak

u/p : yang bahasa Melayu kat atas tu Daripada Bondaku Siti Eshah bt Mamat;

Assalamualikum w.b.t
" Semoga berjaya di dalam perjuanganmu"

Salam Lebaran & Selamat Hari Raya Aidilfitri

Thursday, 2 October 2008

by : ayah ngah

Sekejap sahaja masa berlalu, Sebulan berpuasa di bumi Mesir tidak terasa. Sebulan bagaikan seminggu sahaja. Tiba-tiba pada hari ini kita telahpun menyambut hari raya aidilfitri. Cukup pantas masa berlalu, rupa-rupanya inilah hari raya aidilfitri yang kedua aku sambut di Mesir,hu2 …sedih ke?? Nak kata sedih tu sedih la juga tapi takde la sampai mengalir air mata ni. Eleh..mana ada orang yang xsedih bila berjauhan dengan keluarga kan, mesti teringat punya,,, lebih-lebih lagi klu anak tunggal macam sahabatku di TANTA tu, Tuhan saja yang tahu perasaannya. Klu ada orang yang kata dia tak sedih @ tak ingat pada family masa raya ni,sah la orang tu mesti xde perasaan : ) hu2

Raya tahun ni terasa sunyi sikit sbb ramai kawan2 yang balik beraya kt Malysia. Walau bagaimanapun kesunyian ini tetap juga terubat dengan hadirnya sahabat2 dari Tanta dan Tafahna untuk menyambut hari raya bersama kami di Kaherah ini. Terima kasih diucapkan kepada sahabat2 dari Tanta ; che mat, fairuz, Mg lah,baha n madi dan tidak dilupakan sahabat tunggal dari tafahna hafizi kerana sudi datang bermalam dirumah kami bagi menyambut hari raya bersama-sama.

Pada malam hari raya rumah kami cukup meriah, semuanya ada tugas masing2. Ada yang mengemas rumah, ada yang duk gosok baju, ada yang memasak, ada yang buat kuih dan ada jugak yang tidur..he2.. dengan ungkapan mudahnya masing2 ada kerja. Pengalaman berada di Mesir ini banyak benar mendidikku sikap berdikari, semua kerja perlu dilaksanakan sendiri, tiada bantuan ayah bonda. Pertama kali berada di Mesir, aku memberanikan diri untuk membuat kuih raya. tak pernah ada pengalaman, tidak pernah mencuba, alih2 kat mesir ni nak mencuba..tak kira la menjadi ke tak tu, janji dapat makan hu2..sedih2, beginilah nasib orag bujang diperantauan. Kepada orang perampuan tu ingat sikit, kami kaum lelaki pun pandai gak buat kuih ni tau…Cuma yang tinggal sedap ataupun tak je….tp yang jelasnya kuih kami kali ni memang berjaya...keras semacam je hu2.."patah gigi aku"kata ust nije.

Al kisah dipagi raya pula, kami terpaksa sembahyang raya bersama orang arab. Kebiasaan tahun-tahun sebelum ini kami pelajar-pelajar Malaysia dengan anjuran pihak PMRAM akan bersembahyang di masjid Musa kawasan hayyu sabi’ setelah selesai orang arab sembahyang. Walau bagaimanapun pada tahun ini, pihak safarah membuat keputusan untuk melaksanakan solat hari raya di dataran komplek hayyu asyir dan pihak PMRAM turut diajak bekerjasama. Kebetulan pula rumah Kelantan menganjurkan majlis hari raya. Jadi terpaksalah kami sembahyang raya bersama orang arab kerana majlis di jangka bermula jam 9 pagi.

Seperti biasa, orang arab akan sembahyang awal lebih kurang 6.30 pagi lagi. Setelah bersiap dan makan sarapan pagi yang dibuat oleh qodir, jam telahpun menunjukkan pukul 6.15pagi. kami bercadang untuk bersolat di masjid Riduan,Tiba-tiba imam melaungkan assolatu jaamiah,solatu jaamiah.. “woi ore nk smaye dh tu, cepat-cepat” ajak man. Kami semua terkejut kerana dalam kotak pemikiran masing-masing menyangka smaye raya akan dilakukan pada jam 6.30 pagi. Maka Kelam kabut la semua turun menuju ke masjid riduan. Belum sempat sampai ke masjid, kedengaran imam melaungkan takbir menandakan untuk rukuk.

“Adusss..cam ne ni? Ha! Masjid bukhari duk tengah takbir lagi tu,Kita smaye di masjid Bukhari la”cadang piji. Masjid bukhari terletak lebih kurang 1km dari masjid Riduan. Berlarilah kami ke masjid bukhari pula nasib baik la sempat. Sempat memang la sempat tapi berpeluh juga la pagi tu. Selesai solat dan mendengar khutbah kami bersalam dan berpelukan memohon maaf dan mengucapkan selamat hari raya sesama sendiri termasuk arab.

“kullu am wantum bikhair”. “kullu sanah toyyib”. ucapan yang tidak pernah lekang dari mulut-mulut orang arab menyebabkan kami turut terikut-ikut cara mereka. Sangat meriah pagi itu dan kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama. “Berada jauh diperantauan ni kalu tak kawan sape la lagi nak membahagiakan kita”. So… pastikan kita sentiasa mempunyai kawan-kawan dan happy selalu, baru la tak teringat kat mesia nuh..

Teman—temanku sekalian, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali diri, mohon maaf atas segala kesalahan tingkah laku, perbuatan dan ucapan. Semoga persahabatan kita terus berkekalan ………..selamat ber-aya


akhirnya...inilah kuih raya yang menjadi kontroversi he2..nampak cam sedap je hu2.


tok bomoh sedang memasukkan jem dlm biskut, katanya : "ni la cara nak wat biskut tat"...


bergambar kenangan bersama sahabat2 dari tanta


bergambar dihadapan masjid bukhari hayyu sabi'