FOUR WIVES SCENARIO

Tuesday, 2 December 2008

By : Super gym


Salam mahabbah pada semua…

Alhamdulillah setelah sekian lama berfikir, tiba-tiba teringin membuat posting berbahasa inggeris pula. Cerita yang ingin aku bawa kali ini banyak memberi pengajaran kepada diri ini dan sahabat-sahabat yang lain. Yang penting artikel ini adalah hasil usaha aku sendiri. Untuk mengetahui pengajaran yang ingin disampaikan,eloklah kalian dapat membacanya hingga akhir …….


There once was a king with 4 wives. He was madly in love with the fourth, and would do anything to keep her happy. He also liked the third, but always suspected she may consider leaving him for another man. The second was the one in which he always confided at times of grief, and she would always lend the empathetic listening ear. As for the first wife, he used to neglect her and pay much attention to her needs, although she truly cared for him and played a key role in protecting and preserving his kingdom.


One day, the King was stricken with a deadly illness, and knew his days were few. He couldn't comprehend or accept the reality that, despite all this wealth and vast kingdom, he will enter his grave alone. He wanted companionship in his grave, and so he asked his wives which amongst them is willing to sacrifice her life for him in order to lye by his side in the grave.


He asked the 4th wife, in very sincere emotion, "I loved more than the rest and preferred you over them in treatment. I gave you all you asked for and more. Will you not join me to my grave". She said, "Impossible!" and just turned her back away with no sympathy.


He asked his 3rd wife, "I loved you all my life. Will you come with me to my grave?". She said, "No way. Life is great. If you die, I'll marry another man"


He asked the 2nd wife, "You were always the one to whom I resorted when I needed emotional support. You've always been there for me in my life. Will you also die for me and join me to the grave?". She said, "I'm sorry, I can't help you beyond walking in your funeral and burying you with my own hands".


The king was torn and broke into painful tears. In that moment, he heard a voice say, "I will come with you wherever you go, even to the grave". The king looked, astonished, to see his first wife, ill and sorrow for all the years he'd neglected her and not asked about her. Thereupon, he was severely regretful for his ill treatment of her, and said, "I should have preferred you over all the other 3. If only I can turn back the hands of time, I will provide for you the best life of all my wives, and care for you the most"


The reality brothers and sisters is this story is only a myth. But the wisdom in this story is as follows. If we all wear the shoes of the King for a moment, and think from his perspective, applying his experience to our lives, we all have these 4 wives: Our fourth wife is our body. We look after it so well, surrender it to its wims and desires, beautify it etc. But when we die, the body rots and neglects us.


The third wife is our wealth. No matter how hard we struggled to amass it, it will leave us and be someone else's property when we depart.


The second wife represents our friends and family. Though they will always be there for us in this life, they will certainly not accompany us into the darkness of the grave.


The first wife is our good actions. We don't pay due attention to them in our lives. We become preoccupied with the world and its needs, with ourselves and desires, with our family and friends, but when death comes upon us they will stand by us, and enter the grave with us. Think of all your good actions as a human being. How would their state be? Will it be a fit, clean and healthy being, well nourished? Or will it be a diseased, weak and sorrowful? If the former, thank ALLAH and continue on this path, asking Him for perseverance. If the latter, seek His forgiveness now, and take greater heed of your actions.


MAY ALLAH BLESS US ALL..AMIN…



Rahsia bulan Zulhijjah

Saturday, 29 November 2008

By : baba wan


Salam Zulhijjah buat semua,

Baru rasanya kita menyambut hari raya Aidilfitri sekarang telahpun masuk bulan Zulhijjah yang mana merupakan bulan untuk kita menyambut kedatangan Aidiladha tidak lama lagi. Itulah fitrah alam, sentiasa bergerak menuju hadapan tanpa menoleh kebelakang. Setiap masa yang berlalu itulah umur kita, maka gunakanlah dengan penuh hikmah tanpa dibuang begitu sahaja.

Justeru, dibulan Zulhijjah ini, saya ingin mengajak teman-teman sekalian untuk sama-sama menambahkan amal ibadah kepada Allah s.w.t sesuai dengan tuntutan sebagai seorang hamba yang mahu digelar al-abidun as-salihun. Sesuai dengan bulan yang amat bermakna ini, disamping ummat Islam melaksanakan ibadah haji di Makkah, marilah kita sama-sama menambahkan amal kita semua dengan melaksanakan ibadah puasa sunat.
Bila masuk sahaja bulan zulhijjah, kita diseru untuk memperbanyakkan serta meningkatkan amal ibadah kepada Allah demi mencari keredhaannya. Justeru, bermula 1 zulhijjah kita diseru melakukan ibadah puasa sunnat sesuai dengan dalil hadis Rasulullah s.a.w sebagai mana berikut;

Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda

Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).

Selain itu juga hadis Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah s.w.t dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
(H.R : Ahmad)

Apakah yang dimaksudkan dengan hari-hari yang sepuluh itu? Para ulama’ telah memberikan pelbagai pendapat dan apa yang saya ingin ambil disini ialah Para ulama’ turut menyatakan hari sepuluh tersebut ialah hari dalam bulan zulhijjah. Iaitu bermula pada 1 zulhijjah -10 zulhijjah.


Dalil puasa hari wuquf

Dari Abu Qatadah, sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : “Puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lepas dan akan datang, dan puasa Assyura menghapuskan dosa setahun yang lepas”.
(H.R : Muslim)

Maka, sesiapa yang mampu dan menginginkan fadilat tersebut hendaklah berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah s.a.w. Walau bagai manapun, perlu diberi peringatan bahwa amalan Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah s.a.w tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.

Kesimpulannya, tuntutan ini bukanlah tuntutan yng wajib dilaksanakan, namun ianya amat bermakna bagi mereka yang memahami dan ingin mendapat kelebihan darinya. Perlu dinyatakan bahawa, disamping dapat menambahkan pahala amal ibadah yang dilakkan, amalan-amalan sunat yang dilakukan ini sedikit sebanyak akan dapat menampung amal ibdah yang berkurangan.

Sama-samalah kita melaksanakannya……

fatwa yang dipermainkan...

Tuesday, 25 November 2008

by : aQira

Salam sejahtera dan salam bertemu kembali…

Mudah-mudahan sahabat sahabiah sekalian sihat hendaknya..pada minggu ini saya ingin mengambil peluang untuk membicarkan masalah isu semasa yang mungkin pad pandangan kalian semua sudah basi dan lapuk. Wlau bagaimanapun saya tetap mahu menulisnya hu2.

Allah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki..begitulah sebaliknya...


Sahabat sahabiah sekalian…

Pada tanggal 23 Oktober 2008 yang lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dimasa kini dinamakan "pengkid" gejala ini telah menular dalam masyarakat kita khususnya kepada remaja perempuan Islam yang dikatakan semakin membimbangkan. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah pengkid ini? Apa perbezaan dengan istilah tomboi dan adakah mereka ini sama dengan mereka yang digelar lesbian?? Sebelum kita pergi kepada perbincangan yang lanjut eloklah terlebih dahulu saya jelaskan apakah maksud istilah-istilah agar kita dapat mengenali dan membezakannya.


Pengkid

Ø Berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup)

Ø Tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki

Ø Menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks

Ø Membengkung payudara

Ø Suka wanita cantik

Ø Menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu

Tomboi

Ø Perwatakan seperti lelaki

Ø Ada perasaan terhadap lelaki

Ø Bukan lesbian (suka sesama jantina atau pengkid)

Ø Minat terhadap aktiviti lasak dan mencabar

Ø Ada sikap kasar dan ganas

Lesbian

Ø Perwatakan sama seperti wanita sejati

Ø Suka sesama jantina

Ø Memiliki sikap cemburu

Ø Suka wanita cantik


Setelah kita mengetahui pegelasan istilah tersebut, maka dapatlah kita ketahui bahawa setiap istilah tersebut mencerminkan kebobrokan manusia itu sendiri yang mahu lari dari fitrah kejadian asal manusia. Inilah tahap kefasadan yang paling teruk dalam diri manusia yang mahu bertuhankan syaitan laknatullah. Mengapakah manusia ini ingin melawan sunnatullah? Apakah ini merupakan perangcangan orang kafir yang ingin menyerng Islam tanpa senjata atau Adakah ini merupakan suatu tanda akhir zaman? Sama-samalah kita menilainya…


Saudaraku sekalian…

Setelah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan fatwa berkaitan dengan hal terbabit, apa yang mengejutkan saya adalah, ada pihak telah cuba bersuara untuk mempertahankan hubungan di luar fitrah sesama wanita dengan mengadakan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan fatwa tersebut. Penentangan ini ekoran ketidakpuasan hati mereka terhadap fatwa tersebut yang dikatakan telah mengganggu hak kebebasan serta prinsip sama rata bagi golongan terbabit.


Melalui pembacaan saya diakhbar-akhbar dan juga majalah-majalah, ada beberapa kenyataan yang sangat menyakitkan hati dan jika diperhatikan ayat-ayat mereka ini menampakkan mereka ini benar-benar memerlukan bimbingan agama. Diantara pandangan mereka dalam isu tersebut adalah seperti berikut :

1)“Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka”.

2)“Fatwa itu tidak akan berjaya menghapuskan pengkid. Takkan apabila saya berjalan dalam keadaan berpakaian seperti lelaki, polis terus tahan dan tangkap saya. Atau, adakah apabila saya dengan kawan perempuan makan bersama-sama, kami terus ditangkap?”

3) “Kami (pengkid) lebih mudah dekati mereka (wanita), terutama apabila ada masalah. Walaupun sehingga ada yang melakukan hubungan seks, ia masih selamat kerana sukar untuk mengandung,”

4) “Kami tidak merogol, tidak mencuri atau melakukan jenayah besar seperti membunuh. Yang kami buat ialah keluar dengan rakan, ‘enjoy’, lepak dan minum, itu saja,”

Begitulah diantara pandangan mereka yang dirasakan dapat membela diri walhal menampakkan kejahilan dan kedungugan mereka. Oleh yang demikian, perlu dinyatakan disini bahawa, pengharaman hubungan sesama jenis ini bukanlah suatu fatwa yang baru bahkan telah diharamkan oleh Allah semenjak zaman nabi Lut lagi. Pengharaman ini jelas kerana ianya bukan sahaja jauh terpesong daripada fitrah kemanusiaan bahkan terang-terang merosakkan imej wanita itu sendiri.

Justeru, saya melihat masalah ini tidak lari dari beberapa sebab yang perlu diketahui, antaranya ialah :


a) Ikutan peredaran zaman
b) Hilang haluan pergaulan dan ingin bermesra dengan orang yang mudah memahami (wanita)
c) Kecurangan lelaki yang disayangi
d) Dibinasakan atau dimusnahkan hidupnya oleh seorang lelaki (rogol)
e) Berpendapat wanita lebih menarik kerana kelembutannya

secara kesimpulannya dapat saya nyatakan bahawa kerosakan gejala ini merupakan suatu agenda terancang yang telah disusun oleh barat untuk menghancurkan Islam berdasarkan bukti yang telah dinyatakan oleh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. “selepas Perang Salib-Kristian, golongan kuffar telah berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan orang Islam. Antara salah satu perancangan mereka ialah merosakkan imej wanita Islam dengan menonjolkan kepentingan gerakan pembebasan wanita.

Malah, mereka menimbulkan perdebatan membabitkan hak dan persamaan kaum wanita dengan kaum lelaki, mencacatkan undang-undang Islam mengenai perkara poligami,dan banyak lagi usaha-usaha yang mana semua itu untuk membangkitkan kekeliruan dan menimbulkan syak terhadap kesesuaian syariat Islam dan amalannya dalam kehidupan ini..fikir-fikirkan lah

Janji Pejuang

Monday, 24 November 2008

by : sapo2

Dengan nama Ar-Rahman

Ku relakan….
Darahku mengalir sebagai pejuang
Lantaran janji agung-Nya
Taman syurga buat pembela agama

Kutuntun kaki melangkah berani
Mencontohi Umar berjiwa sufi
Berhati waja….
Bak Salahuddin Al-Ayyubi
Demi sebuah perjuangan suci

Walau esok belum pasti
Mentari kan memancar sinar
Bersama terbangnya burung mengiringi fajar
Ku genggam erat amanah ibunda
Ku pasak utuh janji ayahanda
Ku pasak kemas wasiat junjungan mulia
Kukuh takkan luntur

Risalah ini pohon diteruskan
Dijulang….
Agar sejarah gemilang kan berulang
Tertegaknya khilafah Islam
Di persada alam
Dan kicauan burung bakal menyaksikan
Dalam keriangan…

justeru....
Kalau bukan kita siapa lagi?
Kalau bukan sekarang bila lagi?
Kalau bukan disini dimana lagi?

adakah hati kita seteguh mereka????berjuang demi menegakkan khilafah Islam dimuka bumi takbir3x

Jom ke kuliah

Monday, 17 November 2008

by : ayah ngah

Cuti yang begitu lama menjadikan sebahagian dari kita begitu asyik dengan pelbagai aktiviti harian tanpa menyedari kuliah telahpun bermula selama sebulan yang lalu. Artikel ini bukanlah ingin menyentuh mana-mana insan tertentu cuma sekadar ingin memberi peringatan kepada diri dan juga sahabat-sahabat sekalian bahawasanya kita telahpun berada dalam fatrah pengajian.


Saudaraku yang dirahmati sekalian,..

Sedar atau tidak hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi masa untuk kita belajar, menghafal, membuat nota, study group dan sebagainya. Adakah kita telah bersedia? Atau adakah kita masih dibuai mimpi yang enak disaluti selimut tebal? Cubalah Tanya pada diri masing-masing, dimanakah situasi anda berada sekarang? Saya tinggalkan persoalan tersebut untuk sama-sama kita menjawabnya.


Cabaran, dugaan, mehnah, tribulasi telah cuba melanda kita semua khususnya azhari dan azhariah. Kehadiran musim sejuk pula menambahkan lagi ujian yang telah tersedia ada. Waktu malam yang begitu panjang menjadikan ianya kredit tambahan terhadap cabaran tersebut. Jadi, jelaslah disini bahawa cabaran yang mendatang ini merupakan cabaran yang begitu berat bagi sesetengah dari kita yang bergelar Tullabu al- ilm. Hanya mereka yang benar-benar mujahadah sahaja dapat melepasi segala ujian ini…fikir-fikirkan lah


Saudarku yang dikasihi sekalian…

Memang tidak dinafikan, ada sesetengah dari kita yang beralasan dengan pelbagai jenis alasan. Antara alasan yang sering kita dengari ialah :


“Buat apa pergi kuliah, pergi pun tak faham juga?

***************

“Ana tak faham la Dr. syarah apa, dia cakap laju sangat..guna bahasa ammi plak tu… lebih baik study kat rumah”.

*********************

“Ala.. wat pe pegi awal-awal, nanti 2minggu nak imtihan Dr bagi muqarrar punya... so kita baca muqrrar dah la”.

****************

“Saya kalau pegi kuliah pun tidor dalam kelas juga,tersengguk-sengguk buat sakit tubuh je..baik tidur kat rumah, tentu tenang & selamat… tubuh pun tak sakit”.

************************

“Saya bukan tak nak pergi kuliah, tapi alah pada sejuk, nanti terlalu sejuk saya akan sakit..mak saya pun ada pesan supaya jaga kesihatan.”

**************************

Begitulah beberapa alasan yang telah direka agar diri terasa tidak bersalah dalam perbuatan tersebut. Apa yang boleh saya katakan hanyalah “hendak seribu daya tak nak seribu dalih”. Orang yang mahukan sesuatu yang diminatinya akan berusaha secara tekun dan keras agar apa yang dihajati itu diperolehi.



Saudara pembaca yang budiman,..


Disini saya cuba mengajak diri ini dan juga kalian sekalian agar dapat menghadirkan diri ke kuliah tanpa sebarang alasan. Banyak sudah kelebihan yang akan diperolehi, jadi, suka kiranya saya memperingati kembali apa yang akan kita semua perolehi agar dapat mengembalikan semula semangat yang semakin luntur dek kerana leka dengan beberapa perkara yang tidak berfedah.


Antara benda penting yang akan kita perolehinya ialah keberkatan dalam pelajaran. Bukan mudah untuk mendapatkannya, kerna itu ia perlu kepada pengorbanan yang sangat besar. Ramai orang yang mempelajari ilmu namun tidak ramai yang memperoleh keberkatan ilmu tersebut. Oleh sebab itu, segala ilmu yang dipelajari berlalu begitu sahaja tanpa dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian.


Selain itu, mereka yang hadir ke kuliah akan dapat mengenali perihal seseorang Dr madah tersebut. Ini merupakan point utama dalam kita hendak mengenali kemahuan seseorang Dr semasa menjawab imtihan. Ada sesetengah Dr pentingkan dalil-dalil, ada sesetengah pula syadid dalam penulisan yang memerlukan kita berhati-hati dari segi titik,huruf dan perkataan. Ada pula yang mahukan ringkasan isi sahaja tanpa syarahan. Begitulah hal yang berlaku. Yang jelasnya, setiap orang Dr tersebut berlainan kehendak dan kemahuannya. Hal inilah yang memerlukan kepada kehadiran seseorang tersebut ke kuliah agar dapat memahami dengan jelas kemahuan setiap Dr yang mengajarnya.


Begitulah kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi apabila kita melaksanakan tanggung jawab kita sebagai seorang pelajar. Mungkin banyak lagi benda yang tertinggal untuk saya lontarkan, namun begitu messages penting yang ingin saya sampaikan disini adalah marilah kita pakat-pakat pergi kuliah…Jom ke kuliah!!