Mengundi Wajib???

Saturday 10 January 2009

By: ayah ngah


Hanya berbaki beberapa hari lagi, proses pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan berlangsung. Walau bagaimanapun ada lagi rakyat yang masih samar dalam menentukan pilihan mereka dan ada juga yang masih tidak memahami erti pengundian yang sebenar. Justeru, artikel kali ini ingin membawa kalian semua yang masih samar dan tidak memahami lagi apa perlunya kita menyertai proses pengundian.

semua kita menyedari bahwa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan melalui proses pilihanraya. sekiranya ditanya,adakah proses ini terdapat di zaman Nabi s.a.w? Yang nyata, bentuk yang ada hari ini sememangnya tiada terdapat di waktu pemerintahan Baginda Rasululallah s.a.w. Namun begitu, ini tidak semestinya menjadikannya sebagai haram, Islam melihat perkara ini kepada maqasid atau maksud sesuatu pelaksanaan itu dibuat.

Ia berbeza dengan hal ehwal ibadat yang tidak perlu dikaji hikmah tersirat bagi sesuatu pergerakan ibadah. Undi dan pilihanraya adalah tergolong dalam bab muamalat (urusan hubungan manusia dengan manusia) yang diberikan kelonggaran di dalam Islam yang mana penentuan hukumnya adalah berdasarkan hikmah dan objektif yang ingin dicapai. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitab beliau "Fiqh Awlawiyyat fi Dhaw Al-Quran wa AS-Sunnah" pernah menegaskan kepentingan untuk memahami Maqasid berbanding hanya terikat dan memegang buta kepada nas zohir semata-mata. (rujuk bab Kepentingan Maqasid atas Zohir


mendaftarkan diri sebagai pengundi adalah wajib..

Kaedah mengundi bagi urusan pilihanraya, adalah diterima oleh Islam memandangkan ia merupakan satu perkara baru dalam hal keduniaan serta tiada nas qat'ie yang melarang. Selagi lagi diingatkan kaedah yang disebut oleh Imam As-Syatibi ertinya : "Asal dalam urusan mualamat dan adat adalah merujuk kepada ma'ani (maqasid)". (Rujuk Al-Muwafaqat : 2/302). Maka urusan hubungan politik seperti pilihanraya ini perlulah dilihat kepada maqasid juga, bukan sekadar berhujjah bahawa ia tiada di zaman Nabi ini.

Sikap Islam dalam hal ini adalah jelas membolehkannya kerana ia hanyalah bentuk-bentuk dan alat bagi mencapai Maqasid as-Shariah, iaitu Negara yang mempunyai pemimpin, bukankah mempunyai pemimpin itu satu kewajiban.

Adakah kalian mengetahui hukum menegakkan syara’?? Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”

Mudah-mudahan artikel yang ringkas ini dapat membantu golongan yang masih samar dan berada atas pagar dalam melakukan proses pengundian di P036 Kuala Terengganu pada 17.1.2008 nanti. Semoga Islam terus dijulang.. kami semua mendoakan kemenangan Islam termasuk di GAZA

0 Comments: