Tahniah Pakatan!!

Sunday 18 January 2009

By : Babawan



PAS : 32,883
BN : 30,252
BEBAS
: 193

Majoriti : 2631


Ahli bait Crystal merakamkan kesyukuran kehadrat Ilahi di atas kemenangan Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu . Kini, segala penat lelah telah menampakkan hasil . Rakyat semakin hari semakin pandai menilai yang mana baik dan buruk. Namun begitu perjuangan itu pastinya masih jauh dan banyak ujian yang akan menunggu dihadapan .


Sesungguhnya , perjuangan ini masih banyak perkara yang perlu diselesaikan yang semestinya menuntut kesungguhan , pengorbanan dan kesediaan semua pihak untuk turun ke medan bagi membawa risalah perjuangan yang sebenar. Justeru yakin dan percayalah bahawa golongan lawan tidak akan duduk diam. Mereka pasti merangka strategi untuk mengalahkan perjuangan kalian ini sehinggalah Islam tidak dapat didaulatkan.


Oleh itu, pastikan kemenangan yang diberi tersebut tidak melekakan para pendokong sekalian dan sebagai pesanan teruskanlah perjuangan yang suci murni ini sehingga daulah Islamiah benar-benar dapat ditegakkan. Insyaallah....Semoga kemenangan tersebut akan lebih menyemarakkan lagi perjuangan yang didokong. Takbir3x


0 Comments: