Monday, 18 May 2009
By : abg chik
justeru apabila kita memahami segala asas-asas yang terdapat dalam agama Islam, maka tidak mudahlah hati kita digongcang dengan perkara-perkara yang merosakkan iman dan seumpamanya. Umumnya dalam agama Islam mempunyai 6 ciri yang asas. ciri-cirinya adalah seperti berikut :
1.Rabbaniyyah/godliness
Ianya membawa erti bahawa Islam ini datang dari Allah. Manusia adalah hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan.
2.Alamiyyah/ Universal
- Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.
- Rabbani dari sudut manhaj dan sumber
3.Syumuliah/Complete
Risalah Islam ditujukan untuk semua umat dan bangsa serta untuk semua lapisan masyarakat. Ia bukan risalah untuk bangsa tertentu.
4.Thabat and Murunah/Constant and Flexible
Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya.
Sebagai contohnya: Solat adalah wajib.walau bagaimanapun perlaksanaannya boleh dibuat secara jama’(himpun) dan qasar(pendek) bagi mereka yang bermusafir yang melebihi dari dua marhalah (lebih kurang 90KM). Begitu juga ketika sedang sakit, maka dia boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk atau baring atau menggunakan anggota badan sebagai isyarat dan paling koman menggunakan hati. namun ianya adalah mengikut tertib kemampuan seseorang pesakit.

5.Waqi’iyyah/Realistic
Islam adalah mengikut realiti.
Contohnya: Manusia dari segi fitrahnya ingin hidup berpasangan, maka Islam mensyariatkan perkahwinan
6.Inqilabiyyah/To Replace
Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada sistem jahiliyyah.
mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi sedikit maklumat pada sahabat-sahabat sekalian...
salam imtihan buat smua warga al-Azhar dan sahabat-sahabat Acheh
0 Comments:
Post a Comment