Doa Penyesalan...

Monday 25 May 2009

by babawan

sahabat/biah yang dihormati...

kita sering leka dan lalai dengan kehidupan,seringkali kita mengulangi kesilapan yang telah kita lakukan.mengapa kita berjalan di jalan yang sudah diketahui mempunyai jerangkap samar??kita seringkali mengungkapkan menyesal atas perbuatan ynag telah dilakukan, namun?adakah penyesalan kita adalah penyesalan yang sebenar-benarnya atau sekadar taubat "sambal lada " mulut sentiasa berkata pedas dan tidak mahu makan lagi tapi bila bertemu dengannya tetap dicubit sedikit walaupun sudah diketahui sambal tersebut pedas.

saya menyeru diri ini dan para pelawat sekalian bahawa marilah kita kembali atas jalan yang lurus dan benar demi membawa risalah yang Agung. oleh itu, saya mengajak kalian untuk sama-sama berdoa dan memohon ampun dari Allah yang maha Agung demi mencapai keredaanNya.

sahabat yang disayangi sekalian...
Imam Ghazali menyatakan bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):

"Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

doa yang begitu ringkas tapi mempunyai seribu erti bagi mereka yang benar-benar mempunyai keinsafan.sedarilah...pintu taubah masih terbuka selagi nyawa dikandung badan.

0 Comments: