Di sini Bermula

Friday 12 September 2008

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana telah memberikan ruang kepada kami sekeluarga (ahli bait kristal) untuk mewujudkan laman blog yang tersendiri yang sememangnya telah lama dirangcang. Menyedari peri pentingnya perkembangan alam maya berteraskan IT ini , maka kami sekeluarga juga tidak ingin melepaskan peluang untuk mewujudkan laman blog ini bagi memantapkan lagi nilai ukhuwwah yang sememangnya telah terbina semenjak kami menjejakkan kaki ke bumi Mesir lagi.

Sempena bulan ramadhan yang barakah ini, kami ahli bait sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat beribadah kepada semua pelawat yang mengunjungi blog kami ini. Semoga kita semua mendapat kerahmatan, keampunan dan dibebaskan daripada api neraka....kullu am waantum bikhair


0 Comments: