Hanya Kerana Sebuah Henset......

Wednesday, 17 September 2008


Setiap orang mempunyai pengalaman-pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Begitu juga dengan aku, peristiwa yang aku lalui ini tidak dapat aku lupakan dan ingin sekali rasanya aku berkongsi dengan kalian semua agar dapat diambil iktibar.

Kisahnya bermula pada 13 september 2008 bersamaan 13 Ramadhan 1429 H Jam 4.15 petang waktu Mesir. Setelah selesai solat asar berjemaah, aku ingin buat persiapan untuk berbuka..masa masih berbaki 2 jam lagi. entah kenapa tiba-tiba teringin pula nak makan kuih tapi bukan mengidam la he2. aku duduk dikatil dan memikirkan sesuatu."nak kena pegi juga ni, tapi nak ajak sape ye untuk teman? aku bermonolog sendiri. kebetulan pula syafiq lalu depanku. “eh fiq!, aku ingat nak cari kuih-kuih la cikit untuk berbuka kita ni, apa kata kau teman aku, tak syok la jalan sorang ni” cadangku sambil merayu. “Ye la..ye la, tapi tunggu kejap ye..aku nak salin pakaian dulu”. Balas syafiq tanda bersetuju. Sebenarnya kami telah dinasihatkan oleh abang-abang lama supaya jangan berjalan sendirian semenjak kami mula-mula sampai di Mesir lagi, memandangkan banyak sudah kes ragut yang berlaku. Setelah lama menunggu… “Apa la kau ni fiq, bersiap mengalahkan orang perempuan je” cetusku sambil bergurau. Syafiq hanya tersenyum sambil membalas “aku bukan ape joe, kita bila nak keluar ni kena la smart cikit, mana tau jumpa ngan kak jah kat bawah tu..ada rezeki tersangkut satu kat aku..ha!tak ke untung aku” balas syafiq sambil tersengih. “Eleh..ye la tu, kak jah skang ni dah tak tengok smart-smart ni… yang penting skang ni adalah sikap bertanggung jawab dan dan sikap prihatin”. balasku tanda memprotes ayat syafiq sebentar tadi. kami sama-sama ketawa. Sebenarnya istilah “kak jah” ni adalah singkatan yang kami gunakan untuk akhowat-akhowat yang bakal bergelar ustazah bila balik Malaysia nanti.

Kami berdua turun dari tingkat 5 dan terus menuju ke gerai yang terletak tidak berapa jauh dari sya’ah kami. Setelah membeli kuih-kuih yang dingini tiba- tiba terdengar kekecohan berlaku berhampiran dengan tempat kami membeli kuih. “Ada pergaduhan la tu” getus hati kecil ku. Aku tidak menghiraukan kekecohan tersebut kerna sudah menjadi kebiasaan orang arab dimesir ni, pergaduhan, perbalahan sudah menjadi lumrah mereka. Walau bagaimanapun jarang benar aku melihat mereka bertumbuk dan kebiasaannya yang bising-bising tu adalah perbalahan mulut je la. Bila disebut “sollu ala nabi” mereka terus berselawat dan berhenti. Adakalanya mereka terus berpeluk seperti tiada apa yang berlaku. Itulah kehebatan orang Mesir yang aku kagumi. Kalau tempat kita….korang pikir-pikir la sendiri.

Setelah kuih-muih dibeli aku melihat pergaduhan itu belum juga berakhir, manakala orang yang mengerumun pula semakin ramai. “ni mesti kes besar ni, jarang berlaku ..kena pergi tengok ni” getus nurani ku.. tiba-tiba terdengar siren polis dan ini menambahkan lagi keinginan ku untuk melihat apa sebenarnya yang sedang berlaku. Aku terus menarik tangan syafiq untuk pergi ketempat tersebut. Setelah sampai ke tempat tersebut aku terus mengeluarkan hanset berkamera berjenama sony ericson k750i untuk mengambil gambar kejadian bagi dipertontonkan kepada sahabat-sahabat yang berada dirumah. “klik,klik” aku terus mengambil gambar tersebut tanpa menghiraukan kekecohan yang berlaku. Rupa-rupanya gambar sekumpulan polis sedang memukul suspek pergaduhan untuk dimasukkan kedalam trak.

“Alamak! kabur la plak, tak leh jadi kalau staro ni” getus hati ku tanda tidak berpuas hati. Tiba-tiba terdengar suara seorang pemuda arab dibelakang ku ; “Ya akhi,mush taswir..mamnu’.. tegur pemuda tersebut sambil menggerakkan jari telunjuknya kekiri dan kekanan tanda tidak boleh mengambil gambar berkenaan. Aku tidak menghiraukan teguran pemuda tersebut dan sambil menyelinap masuk dicelah-celah orang ramai untuk melihat dan mengambil gambar secara lebih dekat lagi. Setelah hampir dengan mereka, sekali lagi aku terus memfokuskan telefon berkameraku dan aku zoomkan gambarnya agar Nampak lebih jelas lagi. “klik,klik” hanset aku berfungsai dengan baik sekali. Gambar kali ini pun lebih baik dan secara jelasnya aku berpuas hati.Tiba-tiba bahu ku dipegang dan hansetku terus dirampas. Aku terpinga-pinga dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Sambil memandangnya aku terus ditarik oleh seorang mabahis dan dicampak kedalam chavrolet polis.

“Ya malizi!!Khuss guwwah” tengking seorang polis yang berada di dalam chavrolet tersebut sambil menyepakku . Aku terus merangkak kehujung tempat duduk sebelah dalam tanpa membantah. Syafiq terkejut melihat situasi yang berlaku kerana aku turut dimasukkan bersama dua orang pesalah yang bergaduh tadi. Syafiq terus meluru untuk membantu ku ; istan’na ya rais..huwa malizi, huwa sodiqki, huwa mush khoti, huwa ahsanu nass ” bertubi-tubi sfafiq membelaku. “La’a huwa sawwir suroh” jawab mabahis dengan ringkas. Syafiq pasrah dengan kejadian yang berlaku kerana memang silapku mengambil gambar tersebut.

Aku telah dibawa ke sebuah balai berhampiran. Walau bagaimanapun, semasa dalam perjalanan aku telah ditanya beberapa soalan. “Ya walad!! Ismakeh”?? Belum sempat aku menjawab tiba-tiba “pang” muka aku ditampar. Hei!! Enta minin?? Sekali lagi belum sempat aku menjawab tangan lain pula yang singgah dimuka ku. Begitulah seksaan pertama diatas chavrolet. Kira mudahnya satu soalan satu pelempang la..Seingat aku lima soalan telah ditanya dan kelima-lima tidak sempat untuk dijawab. Begitulah nasibku. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana pula seksaan bila sampai dibalai nanti. “Aduh..matilah aku nanti” rintih hati kecil ku. Sebelum ini aku telah mendengar cerita abang-abang lama pasal polis Mesir ni. Tak kena penjara bawah tanah, dalam penjara kat luar pun dah teruk kena tibai. Tiba-tiba aku teringat keluarga di Malaysia, entah macam mana air mata jantanku jatuh berguguran membasahi pipi “bagaimana la nasib ku nanti,adakah aku akan dimasukkan kedalam penjara? bagaimana keadaan keluargaku nanti bila mereka mengetahuinya”? aku cuba untuk membina soalan sendiri.

Sampai sahaja ke balai, aku diarah turun dengan kasar ; “yallah!! inzil , syur’ah-syur’ah” suara abang polis menyuruh kami segera turun. Aku pula mengikut perintah tanpa menjawab. Tiba-tiba datang seorang pegawai membawa kayu yang diikat dengan tali. Sekali lagi hati aku gementar dan gemuruh. "mampus aku kali ini teruk la aku kena belasah ni" cetus hati dalaman. “Pap” bunyi tali memukul tubuh si pesalah tadi. Kemudian, pegawai tersebut terus menghala kepadaku pula..Aku terus menagis agar mendapat simpati awal dari pegawai tersebut. Mungkin dia ingatkan aku termasuk dalam pergaduhan tersebut. Walau bagaimanaun nasib baiklah dia dihalang dan diberi penerangan. Aku terus dibawa masuk menghadap pegawai dan di ambil keterangan. Dek ekoran kesalahan aku mengambil gambar tersebut, aku telah diberi penerangan oleh seorang pegawai berkaitan dengan perbuatanku yang salah tadi. "jagan buat begini lagi, ini melibatkan maruah polis Negara kami, sekiranya kamu menyebarkan gambar tersebut kepada rakyat Malaysia tidakkah akan merosakkan imej polis Negara kami. Status polis Negara kami juga perlu dijaga”. Terang pegawai itu pangjang lebar. Aku hanya mengangguk tanda faham dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Setelah dipadam segala gambar yang diambil tadi, pegawai tersebut menyerahkan kembali hansetku. Aku begitu bersyukur kerana hanset aku tidak dihancurkan. Ini kerana melalui cerita yang pernah aku dengar, sekiranya kamera atau hanset yang dirampas oleh polis ekoran mengambil gambar-gambar yang tidak dibenarkan akan di buang atau di hancurkan. Itulah ketegasan yang ditanam dalam diri setiap polis mahupun askar Mesir atas sikap al-ihtiyat (berhati-hati) terhadap semua perkara yang melibatkan orang asing. Hal ini kerana negara mereka pernah terlibat dalam peperangan 3 serangkai.

Aku dilepaskan pada jam 6.10 malam lima minit sebelum berbuka. Keluar sahaja dari pintu balai polis tersebut, abangku dan juga syafiq telah berada diluar menyambutku bersama kuih-kuih yang kami beli tadi. “Jom makan”, ajak syafiq. “aku bawak kuih ni sebab nak bagi kat kau la..ye la mana tahu takut engkau kempunan dalam penjara tak dapat makan kuih yang dibeli tadi” syafiq meriuhkan suasana sambil mengenakan aku. Kami sama-sama ketawa dan aku dapat merasakan mereka semua hilang keresahan kerana aku tidak dipenjarakan. Aku pula tersenyum sambil menyembunyikan keseksaan yang telah diterima ekoran hanya sebuah hanset berkamera… peristiwa yang tidak akan aku lupakan dan akan disemat dalam diri buat selama-lamanya.

Selepas dari peristiwa tersebut, aku menjadi fobia bila berjumpa dengan polis hatta polis yang menjaga jalan sekalipun. Entah mengapa aku menjadi sedemikian dan yang pastinya ia adalah bermula hanya kerana sebuah hanset berkamera…………………

ini merupakan kisah benar dengan sedikit perubahan...sebagaimana yang telah diceritakan oleh sahabatku yang enggan namanya disiarkan ekoran takut mendapat publisiti murahan..he2 koya2.. aku yakin kisah dia telahpun menjadi buah mulut budak-budak mesir kerana jarang benar berlaku penagkapan pelajar Malaysia di Mesir ini...mudah-mudahan kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua...wslm



Diolah kembali
by ayah ngah

p/s: ambik gambar ayah ngah lagi bagus

0 Comments: