Tazkirah Ramadhan 1

Monday 15 September 2008

by : ayah ngah

Alhamdulillah puji syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih lagi dipanjangkan umur dalam menghabiskan sisa baki bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Sebagai mana yang diketahui, para ulama’ telah membagikan bulan ramadhan ini kepada tiga fasal. Fasal pertama kerahmatan, fasal kedua keampunan dan fasal ketiga pula adalah diselamatkan dari api neraka. Melalui fasal-fasal yang telah diberikan ini maka dapatlah kita ketahui bahawa untuk mengharapkan balasan syurga daripada Allah s.w.t ini bukanlah suatu perkara yang mudah.

Oleh sebab itu pada fasal yang pertama kita diseru untuk mendapatkan seberapa banyak kerahmatan ataupun kasih sayang ataupun rasa belas kasihan daripada Allah selama 10 malam.
Apabila kita telah diberi perhatian oleh Allah, kemudian kita diseru pula untuk terus melakukan amal ibadah agar diampunkan dosa-dosa yang dilakukan seterusnya memberikan ganjaran syurga kepada mereka-mereka yang telah melaksanakannya dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Cuba bayangkan bagaimana Allah ingin mengampunkan kita dan memberikan balasan syurga sekiranya kita tidak dikenali atau dikasihiNya?. Begitulah juga halnya dalam kehidupan kita, bagaimana mungkin kita akan mendapat kasih sayang dan juga perhatian daripada seorang bapa setelah kita melakukan kesalahan tanpa kita mendampinginya kembali serta memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Maka setelah dimaafkan barulah kita mudah untuk meminta sesuatu darinya. Kalau minta semasa dia marahkan kita pun dia akan bagi juga tetapi bagi dalam keadaan tanpa rasa kasih sayang dan “ala kadar jah” kata orang Kelantan.

Akhi alkarim…

Allah s.w.t telah berfirman:

يَأيُّهَا الذِّينَ آمنُوا كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِّيامُ كَمَا كُتِبَ عَلى الذِّينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقُونَ

Maksudnya : wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana yang telah diwajibkan ke atas ummat-ummat terdahulu (sebelum kamu) dengan demikian itu mudah-mudahan kamu bertakwa.
(Al-baqorah:183)

Bila tiba bulan ramdhan kita diperintahkan melaksanakan ibadah puasa. Maka pada masa ini tidak kiralah siapa mereka samaada mereka itu anak dato’ ke, anak menteri ke, anak raja ke, orang yang tinggal di kampong ke, tinggal di Bandar ke atau sesiapa sahaja asalkan orang itu mengaku beriman kepada Allah s.w.t maka tertanggung keatasnya kewajipan berpuasa dan suatu perkara yang patut diketahui adalah kewajipan ini bukanlah bermula dari kita bahkan telah diwajibkan kepada ummat yang terdahulu sebelum dari kita lagi. Melalui ayat tersebut juga, kefarduan puasa ini bukanlah suatu ibadah yang diperintahkan supaya dilaksanakan semata-mata bahkan natijah yang diingini oleh Allah s.w.t adalah melahirkan makhlukNya yang benar-benar bertaqwa serta beriman kepadaNya

Akhina almahbubin.…

Bila sebut pasal puasa ni kita kena ingat, puasa ni tidak sama dengan ibadah-ibadah lain seperti solat,zakat,haji dan sebagainya. Hal demikian kerana puasa ni benda yang tidak Nampak. Ia tidak diketahui orang seperti ibadah lain. Kalau kita lihat bila seseorang melakukan ibadah solat, kita akan tahu dia tu sedang solat berdasarkan pergerakan berdiri, duduk,rukuk, sujud dan sebagainya. Maka pada masa tu kita akan kata seseorang itu sedang bersolat. Begitu juga dengan zakat, bila seseorang itu telah membayar zakat, maka kita akan katakan bahawa seseorang itu telah pun menunaikan zakat.

Begitulah dalam ibadah-ibadah lain, semua perbuatan yang dilakukan akan melambangkan ibadah yang dilakukan. Adapun ibadah puasa ini tidak, dia adalah suatu ibadah yang memerlukan keikhlasan daripada orang yang melaksanaannya. Bila seseorang itu puasa maka segala tugas harian tetap diteruskan juga. Masa tidak puasa dia berjalan, masa bulan puasa pun dia berjalan juga, masa tidak puasa dia kerja, masa bulan puasa pun dia kena kerja juga. Jadi adakah kita dapat mengetahui seseorang itu berpuasa? Kalau boleh apakah tandanya?


ibadah puasa tidak sama dengan ibadah yang lain..ia memerlukan keikhlasan yang sebenarnya

Cuba kita perhati, kalau masa rehat seseorang pekerja tu pergi makan nasi, selepas itu masuk semula kerja dan bertembung dengan kita, adakah kita tahu dia tidak berpuasa dan baru sahaja selesai makan sebungkus nasi? Melainkan ada tanda yang menunjukkan dia baru selesai makan seperti mulut berminyak, ada sisa-sisa makanan yang terlekat pada misai dan sebagainya, maka boleh la kita kata dia tidak berpuasa. Tapi kalau dia lap kering mulut dengan tisu dan tiada benda yang dapat membuktikan dia tu makan, maka adakah kita mengetahuinya? Bahkan kita tetap tidak mengetahuinya. Begitulah hakikatnya puasa ini. Dia memerlukan suatu amal yang betul-betul ikhlas dari pelaksananya. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah kepada kita mengapa Allah s.w.t telah menyatakan dalam satu hadis qudsi yang bermaksud :

“setiap amalan anak adam itu adalah baginya kecuali amalan puasa. Ibadah puasa adalah untukKu dan Aku sendiri yang akan menghitungnya”.

Melalui hadis qudsi ini, tujuan yang dikehendaki oleh Allah s.w.t adalah tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk mencari hambaNya yang betul-betul ikhlas dan penuh pengharapan dalam melaksanakan perintah yang telah diwajibkan ini.
Justeru, saya berdoa kepada Allah s.w.t agar menjadikan kita semua seorang hamba yang benar-benar ikhlas dalam melakukan amal ibadah kepadaNya dan seterusnya memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda…

banyakkan berdoa dibulan yang mulia ini

Allahumma ya Allah…..
Allahummaj alna minal mukminina wal mukminati al mukhlisin fi kulli a’mali wal ibadah……..
Allahumma inna nasaluka ridhoka wal jannah wana’uzubika min sakhotika wan narrr…..
Allahumma innaka afuwun karim tuhibbul afwa fa’fu anna waliwalidina walijami’ie muslimin wal muslimat wal mu’minina wal mu’minat al ahya’I minhum wal amwat……

………………………Amin Ya Rabb………………

0 Comments: