Thursday, 25 September 2008
by : ayah ngah
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين ... قال رب اشرحلي صدرى ويسرلى أمرى واحلل عقدة من اللسانى يفقهوا قولى ... سبحانك لاعلم لنا إلا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم، ولا حول ولا قوة إلا باالله العلي العظيم
أما بعد
حي بنا، نشكر إلى الله سبحانه وتعالى على أكمل لنا الدين وأتم علينا النعمة، ورضى لنا الإسلام دين. جدير بالذكر، من النعمة التي تعطى إلينا وهو يأمر العبادة الى الله بالإخلاص له ولا يشرك به. وبمناسبة شهر الرمضان، كلنا من امة الإسلام نؤدى عبادة الصوم لأمر من الدين. ولأجل ذلك، أن عبادة الصوم من أحد الدليل التى يأمرنا بشكر إلى الله سبحانه وتعالى
فإنا شهر رمضان شهر يحتاجه ويتحرر فيه المسلم من قيود الدنيا وشهواتها، ويقبل على الله ويقف على أبوابه. شهر يلقي فيه المسلم عن كاهليه أثقال الحياة ليعانق رحمات الآخرة. ومن فضل الله ورحمته بهذه الأمة أن جعل لها هذا شهر بفيوضاته وبركاته ورحماته وعطاءاته؛ لينقلها نقلة عظيمة، وليعدها لمواجهة تحديات الحياة.
Saudaraku yang dimuliakan…
Adakah anda memahami apa yang cuba saya sampaikan diatas??Fahimta wala eh? Faham ke? Klu tak faham saya mohon kemaafan munkin kerana penggunaan bahasa yang celaru dan lebih kepada bahasa arab versi melayu. Oleh sebab itu, kepada sesiapa yang tidak memahaminya boleh terus bertanya saya melalui komen dan untuk lebih mudah lagi silalah cari dalam kamus ye..ana saje nak berlatih berbahasa arab agar tidak luput dalam ingatan…Saudaraku yang dimuliakan…
Saudaraku yang dikasihi…
Sedar ataupun tidak, hanya tinggal kurang seminggu sahaja lagi ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Adakah kita Berjaya mengisinya dengan penuh ibadah atau sebaliknya?, adakah ramadhan pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas atau lebih teruk? Ha!! tanyalah pada diri masing-masing..tepuk dada tanya iman.jangan Tanya aiman pula, takut nanti aiman jawab “aiman tak kisah”. Muhasabah diri, tingkat jatidiri.
Saya masih ingat kata-kata tok guru Nik Aziz dalam satu ceramah di bulan puasa pada tahun lepas, dia mengigatkan bahawa ;“Bila kito poso ni, kita keno ingat, kito keno wi’ jadi posa kito ni sebagai wija’ (penghalang) dari segala benda, bukan stakat tahan diri dari make dan minum jah, bahkan dari semuo skali samaada tangan ko,kaki ko,mulut ko, mata ko, telinga ko dan anggota tubuh hok lain, semua skali kito kena kawal dio spayo dia ni tak’ kurang pahalo poso kito dan hok paling penting dio tok’ batal poso kito”. Tok guru selalu memberi pesan sedemikian kerana beliau bimbang ramai dikalangan kita ini yang berpuasa dengan mendapat keletihan semata-mata tanpa ganjaran pahal dari Allah s.w.t. hal ini telah dijelaskan dalam satu hadis nabi s.a.w sebagaimana berikut :
كم من صائم ليس له الصيام إلا العطش والجوع
Maksudnya : berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tiada baginya melainkan lapar dan dahaga sahaja.Nyatalah disini bahawa, ramai diantara mereka ini dilihat berpuasa tetapi mereka tidak menyedari bahawa puasa mereka tidak sekali-kali diterima oleh Allah dan sememangnya mereka hanya berlapar dan berdahaga sahaja. Secara tegasnya saya nyatakan bahawa ini bukanlah misi yang kita kehendaki. Jadi, bagaimana kita mahu menjadikan puasa kita ini benar-benar suatu ibadah yang diterima oleh Allah? Oleh sebab itu, sebagai jawapannya, maka tidak dapat tidak bagi seseorang itu mengetahui dan mengenal pasti dimanakah tahap puasa mereka yang sebenar.
Dalam menentukan tahap ketakwaan puasa ini,hujjatul Islam, imam Ghazali dalam kitabnya ihya’ ulumuddin telah mengelaskan puasa ini kepada 3 tahap berdasarkan perilaku seseorang. Tahap yang pertama ialah puasa العوام. Tahap yang kedua pula ialah puasa الخواص dan tahap puasa yang ketiga ialah puasa خاص الخواص .
Apa yang dimaksudkan puasa “al-awwam” ini ialah puasa yang dilaksanakan oleh orang yang tidak memahami kewajipan sebenar puasa. Mereka berpuasa hanya ikut mengikut dan adakalanya mereka ini berpuasa kerana malu ekoran orang disekelilingnya berpuasa maka mereka pun berpuasalah. Kebanyakan dari mereka ini terdiri daripada orang yang tidak mempelajari ilmu agama dengan mendalam. Bagi mereka puasa ini adalah tidak makan dan minum sahaja. Mata mereka, pendengaran mereka, percakapan mereka serta anggota yang lain tidak turut berpuasa. Oleh sebab itu kita dapati ramai sekali golongan ini dan yang lebih mengejutkan turut menimpa pelajar jurusan agama.
Tahap puasa yang kedua pula dinamakan puasa “khawwas”. Istilah ini diberikan kepada mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan mendalam. Mereka ini bukan sahaja berpuasa dari makan dan minum bahkan anggota badan mereka yang lain turut berpuasa sama. Mereka tidak makan dan minum dalam masa yang sama telinga mereka tidak mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Mereka tidak makan dan minum dalam masa yang sama mata mereka tidak melihat kepada perkara yang keji. Mereka tidak makan dan minum dalam masa yang sama mulut mereka tidak bercakap perkara yang bukan-bukan..begitulah seterusnya,seluruh anggota tubuh mereka turut berpuasa sama untuk mencari keredaan Allah s.w.t. walau bagaimanapun dalam melaksanakan ibadah ini, hati mereka masih lagi lalai daripada sentiasa mengigati Allah s.w.t.
Istilah tahap ketiga pula dinamakan puasa “khas al-khawwas”. Tahap ini merupakan tahap yang tertinggi sekali dalam kita melaksanakn puasa. Golongan ini merupakan golongan yang berpuasa dari makan minum,berpuasa seluruh anggota tubuh dan yang terakhirnya ditambah berpuasa terhadap hati. Hati mereka ini turut berpuasa dari segala benda yang memesongkan hati dari mengigati Allah dan segala benda yang menjauhkan diri dengan Allah samaada kesyirikan dan sebagainya. Oleh sebab itu, kita melihat bahawa darjat inilah yang benar-benar dinamakan darjat orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
Melalui tahap-tahap yang telah dibahagikan ini, maka cuba kita letak dimanakah tahap kita sekarang? Adakah kita berada pada tahap pertama ataupun kedua ataupun ketiga? Sama-samalah kita memuhasabah diri agar kita tidak menjadikan puasa kita ini suatu adat yang mana apabila orang lain puasa kita turut berpuasa tanpa memahami apakah erti puasa sebenar yang dikehendaki oleh Allah s.w.t .Hisablah diri anda sementara ramadhan masih lagi bersama dengan kita. Jagan sesekali kita merasakan kita akan berpeluang pada ramadhan yang akan datang kerana segalanya belum lagi pasti. Sempat atau tidak bertemu kembali, hanya Tuhan yang mengetahui…wslm
0 Comments:
Post a Comment